BN Pulau Pinang Gesa Lim Guan Eng Meletak Jawatan – Tidak Malu 

Kumpulan gagak hitam yang terdiri daripada jentera dan penyokong BN menunjuk perasaan, mengesa agar Ketua Menteri Pulau Pinang meletakkan jawatan. Kerana didakwa telah terlibat dengan pembelian rumah pada harga yang murah. 😉

Yang bikin hairan, kenapa pula BN yang sibuk dan bukannya penyokong penyokong DAP yang bertanggungjawab mengangkat Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri.

Apa mereka ingat kalau usaha menjatuhkan Lim Guan Eng berjaya, maka jawatan Ketua Menteri akan diambil oleh BN kah?

UMNO ni semakin hari semakin hilang akal. Itulah kalau ada kuasa, gunakanlah kuasa itu sebaik baiknya. Jangan pandang rendah pada rakyat. Dimana sepatutnya rakyat yang bersenang lenang tapi apa berlaku adalah sebaliknya, merompak harta rakyat.

Telah dua penggal Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Menunjukkan kepimpinannya diterima oleh majoriti masyarakat negeri itu. Hanya BN yang semakin hilang akal terpaksa mencari taktik kotor. Bila sudah ditolak oleh rakyat, barulah sibuk menyalahkan pihak lawan, kesalahan sendiri dilupakan.

Hello kawan, rakyat nampak dan merasa apa yang berlaku. Hanya UMNO yang semakin buta mata dan hati.

Tindakan seperti ini boleh dilakukan oleh masyarakat Sabah yang majoritinya pengundi BN agar Musa Aman meletakkan jawatan. Ekoran penyelewengan dalam JANS hingga menyebabkan rampasan berjuta ringgit oleh SPRM, dimana besar kemungkinannya telah melibatkan pentadbiran negeri. Tapi masyarakat Sabah masih berlagak budiman.

#politikbolos #sabahubah

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: