Syarikat Konsesi Air Menyaman Kerajaan Sabah, GRS Adalah Fakta Bukan Mitos

Ini hah aku cerahkan serba sedikit disebalik modal basi pembangkang Warisan, modal gangguan air.

Gangguan air menjadi modal Warisan. Walhal hanya ketika kerajaan mereka baru kita dengar masyarakat bergaduh sesama sendiri kerana air. Ini bukan cerita rekaan tapi nyata berlaku di Tawau ketika itu, klik link ini Komuniti Tawau Bergaduh Kerana Gangguan BekalanĀ Air

Komuniti Tawau bergaduh kerana gangguan air pada 21 April 2019 manakala tarikh enam syarikat konsesi air ditamatkan oleh kerajaan Warisan pada 15 Januari 2019. Membuktikan gangguan air yang serius berlaku dalam kerajaan Warisan, malangnya kerajaan GRS terpaksa menanggung kegagalan mereka.

Ketika itu juga Adun Apas telah mengambil maklum gangguan air yang dihadapi. Membuktikan sememangnya gangguan air yang serius berlaku era kerajaan Warisan yang disebabkan kegagalan kerajaan Warisan. Klik link ini http://Info Susulan Gangguan Bekalan Air Di Daerah Tawau – Nizam Titingan

Hari ini Syarikat yang bertanggungjawab menjaga 58 loji adalah syarikat milik kroni pemimpin  Warisan. Justeru jangan hairan kenapa gangguan air seolah olah kejadian yang dirancang.

Ada dua kemungkinan besar.

1. Syarikat milik kroni Warisan tidak berkeupayaan mengurus loji yang menuntut pengalaman atau kemahiran selain kemampuan kewangan yang terhadap.

2. Ada unsur sabotaj kemungkinan dilakukan oleh pekerja syarikat konsesi air baharu.

Mungkin masih ada dikalangan rakyat Sabah menganggap dakwaan syarikat konsesi air menyaman kerajaan negeri Sabah, GRS hanyalah mitos ini kerana dakwaan tidak disertakan nama nama syarikat yang terbabit.

Nah ini nama syarikat yang disiarkan Daily Express.

Pada 15 Januari 2019 kerajaan negeri Warisan melalui Peter Anthony selaku Menteri Pembangunan Infrastruktur telah membatalkan atau membuang enam syarikat konsesi air yang masih ada baki kontrak. Alasannya, sebab konon kadar caj yang dikenakan oleh syarikat berkenaan tinggi.

Tapi tidak pula dinyatakan berada kadarnya dan berapa kadar sepatutnya yang akan dikenakan oleh syarikat konsesi air milik kroni pemimpin Warisan.

Percayalah ia hanyalah alasan pemimpin Warisan untuk mengambil syarikat konsesi air. Bukan hanya syarikat konsesi air yang mereka gugat, projek Pan Borneo pun mereka cuba ambil tap tidak sempat apa bila kerajaan Warisan tumbang.

Menyebabkan syarikat konsesi air yang dibuang memfailkan saman ganti rugi ke atas kerajaan negeri di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.

Lima syarikat yang terbabit iaitu Lima-Arawira Sdn Bhd, Yuda Water Sdn Bhd, BYT Vision Sdn Bhd, Harmony Water Sdn Bhd dan Sahabat Megajuta Sdn Bhd. Saman ganti rugi ini yang dituntut mencecah RM254 juta.

Arawira memfailkan dua saman ia menuntut ganti rugi masing-masing RM30.gm dan RM37.9gm, Yuda Water (RM51.3gm), BYT Vision (RM43.8m), Har mony Water (RM30.2gm) dan Sahabat Megajuta (RM60.gm).

Satu lagi syarikat ketika itu yang belum memfailkan saman, Akal Kukuh Sdn Bhd.

Nah itu nama nama syarikat konsesi air yang memfailkan saman. Syarikat berpengalaman dan berkemampuan dibuang dan diganti dengan syarikat baru yang tidak ada pengalaman dan kurang kemampuan kewangan. Menyebabkan gangguan air semakin serius. Kamulah pemimpin Warisan, cari duit punya pasal, rakyat Sabah yang menanggung rugi dan kesulitannya.

Sabahan Vs Warisan UMNO. Hahaha!!!

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading