Armizan Nafi Tuduhan Rasuah Datuk Z

Kelmarin Datuk Z mendakwa  kononnya Datuk Armizan telah menerima sejumlah wang  dari pelabur Indonesia berkaitan pelaburan mineral di Sabah dan didakwa  kononnya rasuah.

Ini pendapat peribadi saya, dan saya yakin ramai yang bersetuju, melainkan golongan sanggup bodoh dan hipokrit.

Andai pun fitnah Datuk Z itu dibenarkan. Jadi cuba kamu tanya Shafie Apdal dan Bung Mokhtar, adakah ia rasuah? macam skandal yang mereka hadapi hingga dibicarakan di Mahkamah.

Skandal yang dihadapi oleh Shafie berkaitan  peruntukan  Kementerian KKLW bagi menyediakan kemudahan asas masyarakat  luar bandar tapi kurang berlaku, apa bila peruntukan diseleweng dengan menaikkan nilai  projek hingga pembinaannya tidak berkualiti malah ada yang terbengkalai.  

Berdasarkan dakwaan Datuk Z, mana bukti telah berlaku rasuah dan siapa yang telah rugi? adakah rakyat Sabah telah menanggung kerugian? jelas TIDAK ADA.

Buat masa ini tiada yang rugi melainkan pelabur  Indonesia berkenaan membatalkan pelaburan mereka. Barulah ada yang rugi tapi yang rugi bukan siapa melainkan negeri atau rakyat SABAH, gara gara perbuataan pembangkang yang menganggap setiap PELABURAN berunsur rasuah. 

Inilah kerja pembangkang, tidak boleh dengar berita  pelabur asing akan dikaitkan dengan rasuah.  Kalau beginilah sikap pembangkang, nescaya Sabah tidak akan maju macam Sarawak.

Dan tidak ada lagi rakyat Sabah  yang ingin  jadi wakil rakyat. Sebab setiap  usaha memajukan Sabah akan dikaitkan dengan rasuah dan jika wakil rakyat mendiamkan diri, pembangkang pula akan mendakwa wakil rakyat tidak bekerja sebab itulah ramai rakyat Sabah bekerja ke Semenanjung.

Seperti yang berlaku sebelum ini berkenaan pelaburan di Pulau BALAMBANGAN, KUDAT.

Keputusan Pelabur Tarik Diri Projek Di Pulau Balambangan Rugikan Rakyat Dan Sabah

Dibawah penafian dari Datuk Armizan, sekaligus laporan Polis akan dibuat.

Disebarkan oleh netizen Sabah, ini antara muka yang bertanggungjawab menyebarkan dakwaan palsu Datuk Z.


Saya dimaklumkan ada mesej fitnah diviralkan yang, antara lain, melibatkan nama saya di bulan Ramadan ini.

Syukur salah seorang yang menyebarkan fitnah dalam bentuk cerita dongeng ini dikenal pasti sebagai mantan wakil rakyat yang menghantar mesej tersebut kepada pelbagai pihak yang kemudiannya merujuk kepada saya.

Sementara menunggu nasihat daripada peguam, saya akan mulakan dengan laporan polis berdasarkan kepada mesej melalui whatsapp yang beliau hantar.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from jalinluin.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading