
Isteri Jeffridin Bandi memuat naik gambar suaminya bersama Perdana Menteri Datuk Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor.
Apa niat tersirat disebalik gambar itu disebarkan, sebelum Jeffridin berjalan kaki bagi kononnya mengutip dana bagi membina telaga tiub di perumahan SFI.
Jeffridin Bandi Alat Warisan – Biarkan Dia Terjun Dengan Labu Labunya
Gambar itu sebahagian dari perancangan awal pro Warisan untuk mengenakan kerajaan dalam masa sama untuk mengangkat parti Warisan atau nama Shafie.
Hakikatnya rakyat Sabah amat tahu bagaimana pengurusan berjalan. Tidak semestinya bila surat telah diserahkan dan bergambar, maka Perdana Menteri dan Ketua Menteri tidak perlu lagi meneliti aduan yang mereka terima. Ini bukan kerajaan Warisan main hentam kuromok saja bila bertindak, sebab itulah Sabah hampir hancur.
Taktik kampung kampung untuk memanipulasi pemahaman rakyat Sabah menjelang pilihan raya negeri yang dijangka berlangsung hujung tahun depan.
Tidak salah sebagai rakyat Sabah menyuarakan isu yang dihadapi. Tapi biarlah isu itu rasional dan tidak menjadi political mileage, kepada pihak yang tidak bertanggungjawah , dalam hal ini pembangkang Warisan lah, pihak mana lagi.
Tidak rasional dan tidak kritikal bila perkara yang diperjuangkan, bukan masalah rakyat tapi kakitangan yang menjadi beban kepada syarikat SFI setelah gagal meneruskan operasi dan mengurus kewangannya.
Jadi kenapa kok BEKAS kakitangan SFI berlebih lebihan menyalahkan kerajaan negeri. Dia ingat rakyat Sabah tidak tahu sejarah yang dilalui SFI?
Jangan banyak cerita, biar mereka terus menyokong parti Warisan aka Shafie Apdal. Agar sama seperti masyarakat kampung bukan kerabat sehingga hari ini miskin dari kehidupan dan prasarana.
Ahli Parlimen dan Adun Adun Warisan dari Semporna sendiri gagal memberikan perkhidmatan dan menyediakan prasarana di kawasan mereka, tapi tidak malu mencampuri syarikat swasta.
Mari kita baca perjalanan SFI yang diambil kesempatan oleh kerajaan Warisan. Shafie sesuka hati membelanjakan jutaan ringgit wang rakyat Sabah melalui SDB untuk menyelesaikan kewangan SFI. Sedangkan janji Shafie Apdal pada rakyat Sabah atau orang kampung tidak pula dia ambil serius sehingga selesai.
Banyak cerita/peristiwa dan fakta perlu kia fahami – SFI dan Dr Yusof Sumber Baru News
Dr Yusof berkata, dibawah Ballapur Industries Ltd (BILT) SFI menjadi huru hara, pengurusan atasan diambil alih oleh kakitangan dari India dan fokus cuma potong balak dan kayu acacia.
Saya setuju Sipitang kehilangan Sabah Forest Industries (SFI) Sdn Bhd yang sudah tinggal sejarah dan sayapun ikut kecewa. SFI sumber ekonomi kita.
Tapi banyak cerita, peristiwa dan fakta yg perlu kita fahami.
Mohon Datuk Haji Ramlee Dua (DHR2) bantu terangkan juga cerita sebenar. Kerana ramai pembaca dan ahli group ini belum lahir atau masih berhingus masa itu. DHR2 adalah District Officer ( DO) , ADUN dan PKR dalam julat tempoh perancangan dan pembinaan SFI.
SFI dirancang pada tahun 1982 dan pembinaanya semasa Kerajaan Berjaya.
Namun Kerajaan Berjaya tewas kepada Parti Bersatu Sabah (PBS) pada tahun 1985 dan SFI mula beroperasi 1986 dibawah Kerajaan PBS. Pengurusan SFI jadi tempat pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong PBS masa itu. Tidak disalahkan kerana penyokong bekerja kuat menumbangkan BERJAYA masa itu.
Pada mulanya operasinya SFI sangat cemerlang dan kertas keluaran SFI menjadi sebutan kerana kualiti tinggi dan popular di pasaran dalam negara dan eksport. Masa itu SFI milik kerajaan 100%.
Masa berlalu dan SFI dilihat sebagai lombong emas oleh individu tertentu melalui kontrak penanaman dan penebangan serta jualan balak dari virgin jungle. Maka berlakulah kerakusan dan pemantauan pembalakan hutan dan konsesi SFI semakin lemah.
SFI semakin jadi rebutan dan semasa PBS, SFI dijual kepada syarikat public listed bursa- Lion Group.
KENAPA DI JUAL?? Kita kurang jelas alasannya.
Bila SFI dijual maka kepentingan kerajaan dalam SFI dari milik penuh 100% menjadi 25% . Fokus Lion Group bukan kertas tetapi pembalakan yang rakus dan eskport round log, kayu bergergaji dan plywood. Kertas sudah jadi perkara no 3 atau 4. Bukan fokus.
Kemudian PBS tumbang pada 1994 , dan bawah BN , SFI distruktur semula beberapa kali menjadikan saham negeri semakin kurang dan menurun ke 12%.
Semasa BN, SFI pula di jual kepada syarikat India BILT( Ballapur), dan di struktur semula sehingga kepentingan negeri menjadi kurang dari 2%.
Semasa BILT, maka SFI menjadi huru hara, pengurusan atasan diambil alih oleh staff dari India dan fokus cuma potong balak dan kayu acacia. Duit jualan dihantar ke syarikat Induk India. Kilang kertas tidak dibaiki, sehingga berhenti operasi, subcontract tidak dibayar, kepentingan pekerja tidak dilayan , hutang bank tidak dibayar dan lain2 tidak diambil kisah. Pengambilan oleh BILT seperti “scam terancang”.
Kemudian pada tahun 2017, BILT cabut lari dan tinggalkan SFI dengan berbagai masalah dalam kilang itu sendiri, masalah kebajikan pekerja, masalah bayaran subcontractor dan masalah orang kampung kerana tiada lagi pembaikan jalan dan tiada CSR bila berhenti operasi.
Pihak Bank( 4 bank India) melalui wakil mereka iaitu Maybank. Melantik syarikat pengurusan aset dari KL ia itu Grant Thronton ( GT) sebagai wakil memgurus sementara SFI.
GT membuat tender terbuka dipasaran dunia untuk ambil alih SFI. Pada mulanya banyak syarikatberminat termasuk syarikat dari China. Tapi akhinya syarikat Syed Moktar Al Bukhary ( Prestasi Pelangi Sdn Bhd- PPSB) ambil tender dan deposit 10% – RM120 juta melalui GT untuk ambil alih SFI.
Pada tahun 2018, WARISAN mengambil alih Kerajaan Sabah. DSSA tidak setuju dgn Syed Moktar dan mau jual/ serah pula kepada syarikat China berpusat di Hongkong- Lee & Mann.
Saya tidak dibawa dan tidak terlibat dalam rundingan dengan Lee & Man walau saya Menteri Kabinet dan ADUN Sindumin. DSSA lebih percaya kepada orang lain dan pemimpin2 Warisan lain, tentunya tau kerana mereka yg berunding( termasuk YB Junz Wong)
Semasa Warisan , gaji staff SFI terus dibayar denga duit pinjaman dari Sabah Development Bank. Warisan dilihat jadi hero staff SFI kerana bayar gaji pekerja. Tetapi sebenarnya wang itu wang pinjaman yang perlu dibayar kemudian.
Cadangan DSSA untuk serah SFI kepada Lee & Man tidak lancar kerana beberapa itu legal dan timbul beberapa itu dalaman dan saman.
Bila Warisan kalah Sept 2020. Kes SFI tidak juga selesai dan menjadi sangat kompleks.
SFI pula diputuskan oleh Mahkamah sudah bankrap dan “GULUNG” atau tutup dan tidak wujud lagi.
Untuk harta kerajaan negeri tidak hilang-melalui sidang DUN kerajaan negeri ambil alih semua harta dan tanah SFI demi kepentingan awam “ COMPULSORY ACQUISITION ” melalui Seksyen 3, JTU.
Lesen Konsesi membalak SFI 288,000 ha( 750,000 ekar) kawasan Mendolong hingga Long Pasia) ditarik balik mejadi milik kerajaan negeri melalui Yayasan Sabah.
Semua aset milik SFI dulu , sudah menjadi milik Yayasan Sabah Group.
Sebagai ADUN N35 Sindumin… saya faham beberapa isu yang perlu di tangani. Saya telah buat beberapa engagement dan cadangan untuk selesaikan isu SFI ini:
a) Isu pekerja- 1281 staff— status mereka, gaji, pampasan , dll.
b) Isu subcontractor- 26 syarikat , hutang tidak di bayar RM165 juta.
c) Hutang SFI atau kerajaan dgn Sabah Development Bank yg sudah memcecah hampir RM100juta.
d) Apa jadi pada kayu-kayu acacia, eucolyptus dll yg telah di tanam.. bernilai ratusan juta ringgit sekarang semakin tua, dan akan hilang nilai komersial.
e) Cadangan syarikat SAMLING Sarawak untuk pelaburan di Sipitang guna bekas aset SFI buat kilang pellet( DHR2 yang cadang ini- brilliant tapi tidak kesampaian) Tidak mudah, bukan seperti buka gerai goreng pisang.
Tentu perlu tindakan dan penyelesaian bijak. Bukan cuma jadi isu politik ..dari kerajaan PBS, BN , WARISAN semua ada isu , kerajaan GRS adalah penyelesai terakhir. Bagi saya kepentingan negeri dan rakyat diutamakan.
Maaf panjang sikit. Yang rajin baca, bacalah. Isu2 ini sudah puluhan kali viral dan diterangkan diulang ulang.





















Leave a Reply