Kampung Setinggan Dan Ic Projek Jangan Keras Lebih Baik Minta Ehsan

Rakaman video cuba diputar belit oleh pembangkang Warisan. Supaya pemerintah yang  menjalankan tanggungjawab berlandaskan undang-undang dan peraturan yang sedia ada dipersalahkan oleh masyarakat.

Itu saya kata Warisan adalah pembangkang yang tidak berkualiti, kalau dibiarkan akan menghancurkan Sabah.

Tapi saya yakin dan percaya tidak mungkin masyarakat Sabah ini begitu bodoh  dalam menilai kebenaran isu seperti ini.

Iaitu isu insiden rumah ” dibakar” di perkampungan setinggan, Kalansahan Inanam.

Masyarakat sedar sekalipun Warisan yang menjadi kerajaan mereka akan melakukan hal yang sama, ini kerana pemimpin terdesak seperti Shafie, sentiasa tunduk pada kehendak KDMR pro Warisan yang membenci PTI dan pemegang Ic projek. Seperti halnya ketika kerajaan Warisan cuba memberi pas kerja kepada PATI. Tidak menjadi kenyataan setelah dihalang oleh KDMR pro Warisan.

Sebenarnya rumah terbakar itu tidak lagi berpenghuni atau tinggal rangka rumah setelah dirobohkan atau ditinggalkan.

Sesiapa tinggal di tanah pemerintah selepas kemerdekaan Sabah, mereka boleh dianggap menceroboh tanah kerajaan. Mereka boleh dihalau walaupun memegang keterangan diri yang sah, apa lagi Ic projek, mereka tetap salah di sisi undang-undang. Kecuali ada alasan yang munasabah.

Tapi kalau perkampungan itu sudah wujud sebelum kemerdekaan Sabah, seperti Kampung Bangau Bangau, Semporna dan seumpamanya. Maka penduduk kampung asal ada hak secara total ke atas perkampungan mereka, mereka boleh mempertahankannya dari sudut undang undang mahupun sejarah. Sekalipun status perkampungan telah ditukar oleh pemerintah menjadi komersial.

Ingat anda penduduk asal di kampung sebelum Sabah merdeka berhak berdasarkan peraturan dan hak asasi manusia, yang tidak ada hak ialah pemegang Ic projek yang menumpang, jadi pada pemegang Ic projek jangan banyak songeh hormat dan patuhi arahan pemerintah semasa.

Kalau ada yang mendakwa kononnya rumah atas air adalah perkampungan setinggan. Ya mungkin ada tapi tidak semua. Dan orang yang mendakwa itu sudah dapat dipastikan asalnya dari keluarga miskin hina yang baru merasa kesenangan, itu yang mudah lupa diri tu.

Di Brunei perumahan atas air terus dipelihara. Pokoknya tidak ada negara di dunia ini yang tidak ada perumahan atas air.

Tinggal lagi yang menjadi pertanyaan, siapa yang tinggal disana dan bila mereka berada disana.

Berbalik pada isu yang menjadi bahang artikel kali ini.

Kalau yang bermastautin di kawasan berkenaan adalah pemegang Ic project. Nah mereka kena berbincang baik baik.

Ingat kewarganegaraan Ic Projek boleh dipersoalkan bila masa, walaupun mereka telah lama berkhidmat sebagai kakitangan awam.

Status mereka boleh dilaporkan atau bila mereka terlibat dalam perbicaraan, lalu lawan mempersoal keterangan diri mereka di hadapan hakim. Conform siasatan akan dijalankan.

Setiap negara atau negeri ada undang-undangnya, baik di  Filipina, Indonesia, Thailand apa lagi Singapura. Empat negara ini, bukan lagi pemerintah yang berkuasa tapi masyarakat setempat berani bertindak sendiri seperti menghalau malah membakar rumah pendatang.

Tinggalkan komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑