Peguam Besar Negeri “Merestui” Semakan 40% Hasil Sabah Di Mahkamah

Pejabat Peguam Besar Negeri Sabah “Merestui” Persatuan Undang Undang Sabah (SLS) untuk meneruskan semakan kehakiman.

Dimaklumkan juga peguam yang mewakili kerajaan negeri semasa semakan Mahkamah Rayuan baru ini telah menarik diri. Tempatnya kini diambil oleh Peguam Besar Negeri.

Untuk lebih tahu, baca kenyataan penuh Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah siri dua, selepas ulasan admin ini.

Sememangnya dari awal lagi kerajaan negeri GRS menyokong tindakan SLS untuk membuat semakan kehakiman berhubung 40% hasil Sabah.

Kita ada bukti bha, baca link ini.  

Kerajaan GRS Lebih Berhak Dan Layak Cabar Pemberian Khas Sabah 2022 (112D) Di Mahkamah Banding  SLS (Pembangkang)

Tinggal lagi yang  melucukan, bila pemimpin dan badut Warisan pula yang terhegeh-hegeh  mencari nama dari  usaha SLS ini. Terserlah baru baru ini Presiden Warisan kelihatan ke Mahkamah Kota Kinabalu, ketika SLS mendengar rayuan Peguam Negara untuk membatalkan semakan mereka.

Mana ada ruang lagi Warisan oi. Bukan ke semakan kehakiman 40% hasil Sabah hanya berlaku dalam kerajaan GRS iaitu pada November 2022.

Sewaktu Shafie Apdal menjadi ketua menteri kerajaan Warisan, jangankan membawa 40% ke Mahkamah untuk disemak. Hanya mengemukan tuntutan pada Perdana Menteri Malaysia, Mahathir berhubung perjanjian Malaysia 1963 pun takut. Ini bukan fitnah, baca link dibawah.

Ewon Tidak Tahu Sebab Apa Shafie Takutkan Mahathir – MA63

Jadi kan pada pihak Warisan, cukup cukuplah tu. Sampai bila kamu menjadi Hyena. Masih belum sedar ke, kenapa kerajaan Warisan tidak bertahan. Sebab lain, Warisan dilihat tidak kompeten sebagai kerajaan negeri.

Perkara baik yang dikaitkan dengan Shafie Apdal sebenarnya tidak wujud ia hanyalah propaganda orang orang bodoh yang mereka sendiri tidak pernah merasanya. Sekali jadi kerajaan apa kamu rasa? geran tanah? itupun hasil usaha kerajaan Musa Aman. Pui!


KENYATAAN MEDIA PEGUAM BESAR NEGERI SABAH

Mahkamah Rayuan hari ini telah mengadakan pengurusan kes bagi rayuan Peguam Negara Malaysia terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memberikan kebenaran kepada Sabah Law Society untuk meneruskan perbicaraan substantif permohonan semakan kehakiman mereka berkenaan dengan Geran Pemberian Khas 40% Negeri Sabah.

Saya telah hadir bagi pihak Kerajaan Negeri Sabah bersama-sama dengan Datuk Brenndon Keith Soh, Penasihat Undang-Undang Khas kepada Ketua Menteri, Devina Teo dan Roland Alik, Peguam Negeri Kerajaan Negeri.

Mahkamah Rayuan telah dimaklumkan bahawa Tetuan F.T. Ahmad & Co tidak lagi bertindak mewakili Kerajaan Negeri Sabah dan bahawa Jabatan Peguam Besar Negeri telah mengambil alih sepenuhnya pengendalian dan pengurusan perkara ini. Setelah meneliti dan mengkaji perkara ini serta prosiding yang telah berlangsung, Mahkamah Rayuan telah dimaklumkan mengenai pendirian-pendirian berikut:

i. Memandangkan Kerajaan Negeri tidak membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi bertarikh 11 November 2022, Kerajaan Negeri menerima keputusan yang diberikan, iaitu, kebenaran diberikan untuk perkara ini dibahaskan berdasarkan merit dalam perbicaraan substantif permohonan semakan kehakiman;

ii. Sebagai tambahan, Kerajaan Negeri menarik balik semua hujahan yang dibuat di Mahkamah Rayuan mengenai isu “locus standi” Sabah Law Society kerana isu ini tidak dibangkitkan atau dihujahkan di Mahkamah Tinggi oleh Kerajaan Negeri; dan

Kerajaan Negeri menarik balik hujahan yang dibuat di Mahkamah Rayuan yang merujuk kepada Artikel 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan sebagai “aspirasi” dan bukan hak mandatori atau mutlak Negeri Sabah.

Mahkamah Rayuan telah merekodkan pendirian-pendirian ini dan telah menetapkan tarikh 18 Jun 2024 untuk menyampaikan keputusan bagi perkara ini.

Saya memberi jaminan kepada rakyat Sabah bahawa Jabatan Peguam Besar Negeri komited sepenuhnya dan berpendirian teguh dalam mempertahankan hak-hak perlembagaan Negeri Sabah seperti yang termaktub di dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan Perlembagaan Persekutuan.

DATUK NOR ASIAH BINTI MOHD YUSOF Peguam Besar Negeri Sabah

24 Mei 2024

“SABAH MAJU JAYA”

Tinggalkan komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑