KM Hajiji Desak Siasatan Ke Atas Presiden Parti Tempatan Terlibat Jual Kad Identiti Palsu

Berhubung dakwaan Menteri KDN bahwa seorang Presiden parti di negeri Sabah telah ditangkap setelah terlibat dalam sindiket menjual kad identiti palsu kepada pendatang asing tanpa izin (PATI).

Oleh itu Datuk Hajiji Noor selaku Ketua Menteri Sabah mendesak agar siasatan segera diadakan ke atas individu yang terbabit tanpa kompromi.

“Jika didapati benar, suspek dan ahli sindiketnya mesti dikenakan tindakan undang-undang yang sekeras-kerasnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Yang ini tidak pula si Aziz Jamman aka Warisan bersuara lantang walhal kesalahan yang dilakukan bertentangan dengan undang-undang. Sebaliknya bila kerajaan memberikan kad pekerja kepada pendatang asing tanpa izin (PATI), si Aziz tidak sudah bercakap mengenainya dan sengaja melihatnya dari semua segi hingga tidak masuk akal.


PETALING JAYA: Presiden sebuah parti tempatan di Sabah ditahan polis kerana didakwa terbabit dalam sebuah sindiket pemalsuan kad pengenalan.

Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin berkata, Mohd Arshad Abdul Mualap yang mengetuai Parti Perpaduan Rakyat Sabah ditahan di sebuah rumah di Subang Jaya pada 22 Jun lalu.

Dalam sidang media di Bukit Aman beliau berkata, lelaki itu didakwa menjadi dalang sindiket terbabit dan rakan subahatnya yang dikenali sebagai Mohamad Amkah Ahmad turut disiasat polis.

Katanya, parti itu didaftarkan pada 2017 dan kedua-dua individu terbabit dihadapkan ke mahkamah di Shah Alam, hari ini.

Sementara itu, Hamzah berkata, suspek ditahan pada 22 Jun lalu bersama seorang lagi lelaki dikenali Mohamad Amkah Ahmad mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Hamzah berkata, sindiket berkenaan telah memperdayakan dengan mendakwa kad pengenalan palsu itu mampu memberikan kelebihan kepada pemegangnya.

“Kumpulan itu kononnya boleh berikan kad pengenalan seolah-olah boleh digunakan di negara kita. Contoh seperti boleh digunakan untuk hospital dan pendidikan,” katanya.

Hamzah berkata, setiap kad pengenalan palsu itu dijual kepada individu bukan warganegara pada harga RM500 hingga RM1,000 seunit.

Setakat hari ini, sebanyak 400 kad pengenalan palsu telah diberikan kepada warganegara asing berdasarkan kepada borang permohonan yang dirampas pihak polis.

Hamzah juga menegaskan kerajaan tidak pernah mengarahkan mana-mana pihak mengeluarkan kad pengenalan melalui sindiket termasuk di Sabah dan Semenanjung. [FMT]