Adun Kunak Bakal Meninggalkan Warisan

Uinna betul kah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak Norazlinah Arif akan mengikut jejak Adun Sindumin meninggalkan parti Warisan.

Kenyataan rasmi akan dibuat oleh empunya diri dalam minggu ini. Betul kah?

Sebenarnya berita ni telah tersebar sejak seminggu yang lalu, bekas penyokong Warisan sendiri yang menelefon admin.

Katanya sebelum memaklumkan perkara ini.

Ngam lah tindakan Adun Sindumin meninggalkan parti Warisan tu apa juga yang ditunggu kalau sebagai wakil rakyat tidak mampu lagi membantu masyarakat yang ada di kawasannya.

Dulu semasa Warisan menjadi kerajaan negeri, lanjutnya. Mereka tidak memberikan peluang berekonomi kepada rakyat Sabah atau penyokong mereka, hanya kumpulan tertentu yang diberikan peluang.

Bro tidak mustahil selepas ini Adun Kunak akan mengikut jejak Adun Sindumin. Apa juga yang dia tunggu, kalau pun dia bertahan tidak ada juga gunanya. Paling paling pengundi di kawasannya tidak akan terbela.

Bukan hanya tidak terbela tapi hanya menjadi mangsa keadaan.

Oleh itu kalau dia masih bertanding atas tiket Warisan, pasti akan tumbang. Jadi tindakan meninggalkan parti Warisan adalah tindakan yang amat wajar dan tepat pada masanya.

Nah tiga orang sudah Adun Warisan meninggalkan parti mereka dan akan menyokong kerajaan GRS atau Bersatu. Mula mula dulu, Adun Sebatik lepas itu Adun Sindumin dan yang terakhir kalau ini menjadi kenyataan Adun Kunak.