
Akhirnya Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui kempen pilihanraya negeri Sabah (PRN) adalah punca utama peningkatan kes Covid 19. Selepas ini dikenali sebagai Covid 19 gelombang kedua.
PRN terpaksa di adakan apabila Yang Dipertua Negeri Sabah membubarkan DUN atas arahan Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal pada ketika itu.
Sepatutnya Shafie Apdal tidak perlu membubarkan DUN kerana semua pun tahu Tan Sri Musa Aman sebagai ketua telah mendapat lebih majoriti melalui surat akuan yang ditandatangani oleh 33 Adun yang terbabit.
Tapi kerana Shafie enggan melepaskan jawatan malah sanggup mati untuk itu maka hasilnya seperti yang kita tahu kerajaan bertukar tangan dan kita hari ini berhadapan dengan Covid 19.
Panggil saja Covid 19 kali ini berpunca dari Kluster Warisan