Setiap Daerah Mempunyai Potensi Dan Kekuatan Tersendiri Yang Perlu Kita Bangunkan – KM Hajiji

Hari ini saya berada di Semporna bagi Majlis Pelancaran 106 Unit Kedai Dua Tingkat Fasa 1 dan Pecah Tanah Projek Komersil Fasa 2 dan 3 Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) Sabah di Jalan Bubul. Pembangunan ini bukan sekadar projek komersial tetapi sebahagian daripada usaha memperluaskan peluang ekonomi dan pertumbuhan di daerah ini.

Semporna mempunyai keistimewaan tersendiri dengan keindahan alam semula jadi yang menjadi tarikan pelancong daripada seluruh dunia. Kita mahu sektor pelancongan berkembang seiring dengan perniagaan tempatan supaya lebih banyak peluang keusahawanan dan pekerjaan dapat diwujudkan untuk anak-anak Semporna.

Melalui Sabah Maju Jaya 2.0, Kerajaan Negeri akan terus memberikan perhatian kepada pembangunan di setiap daerah dengan memperkukuh infrastruktur, menarik pelaburan yang sesuai dan bekerjasama dengan sektor swasta serta masyarakat. Kita tidak mahu Sabah hanya menjadi tempat pelaburan tetapi mahu anak Sabah turut menjadi sebahagian daripada pelaburan dan pertumbuhan itu.

Tidak ada daerah yang terlalu jauh dan tidak ada potensi yang harus kita biarkan begitu sahaja.

Sumber Page Hajiji Haji Noor

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from jalinluin.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading