Shafie Duduk Diam Jangan Cakap Soal Diesel Dan Jalan Raya, Bikin Panas!

Terbaca/terdengar saranan Ketua Pembangkang Shafie Apdal pasal pembangunan Sabah.

Dia berpolemik kononnya bukan hanya soal subsidi diesel yang dihadapi oleh rakyat Sabah tapi juga berkaitan infrastruktur rangkaian jalan yang bermasalah.

Nah memang kalau soal subsidi diesel, tapi dimana pula tanggungjawabnya selaku Ahli Parlimen Semporna? tak kan hanya bersuara di peringkat negeri. Sedangkan tampak lakonan tu geram. Kalau geram buktikan sama bersikap lantang terhadap Perdana Menteri atau pun menarik sokongan dari kerajaan persekutuan.

Jangan hanya berlakon, rakyat Sabah pro GRS bukannya bodoh macam macai Warisan senang dimanipulasi.

Hakikatnya orang yang paling layak dipersalahkan sekaligus dipertanggungjawabkan dalam hal ini ialah dirinya. Semasa menjadi Menteri KKLW, mana rangkaian jalan raya luar bandar yang dia telah bina atau paling tidak yang dia telah rancang? TIADA!

Bila tidak lagi berkuasa barulah sibuk auto nampak segala bentuk kelemahan kerajaan orang lain. Walhal pernah menjadi tanggungjawabnya namun gagal. Gagal sebab tidak pandai mentadbir kementerian serta negeri dan hanya sibuk mengatur projek untuk diri dan kroninya.

Inilah namanya rumah sudah siap, pahat masih berbunyi.

Semasa menjadi Menteri KKLW. Gagal menyediakan bekalan letrik dan air luar bandar tapi peruntukan menunjukkan telah dibelanjakan. Peruntukkan dicuri lah tu, sebab itu ada video yang menunjukkan beberapa pemimpin PH ketika itu mendedahkan bagaimana peruntukkan Kementerian KKLW diseleweng oleh Shafie Apdal dan orang orangnya.

Berkesempatan menjadi Ketua Menteri Sabah tapi seinci jalan raya tidak dibaiki. Walaupun Menteri Infra Sabah ketika itu telah berjanji dan janjinya tersebar di media sosial. Namun sehingga kerajaan Warisan tumbang janji tinggal janji.

Banyak janji kepimpinan Warisan sebelum pilihan raya umum 2018 GAGAL ditunaikan. Malas sudah aku mau cakap, apa yang telah dijanjikan pada orang kampung. Tapi memang ada. Demi Allah!

Projek Pan Borneo Sabah semasa kerajaan Warisan tertunggak dua tahun gara gara cuba merampas projek dari syarikat pelaksana tapi gagal. Natijahnya rakyat Sabah juga yang rugi.

Fly Over Sepanggar hanya disiapkan setelah kerajaan Warisan tumbang yakni semasa kerajaan GRS. Sebabnya ia termasuk dalam pakej projek Pan Borneo yang dibatalkan oleh kerajaan Warisan.

Jadi begini bagus selepas sidang DUN penggal ke dua ini berakhir.  Pemimpin Warisan lain ajak Shafie Apdal untuk melalui jalan Pan Borneo yang sedang dalam pembinaan  dari KK ke Pantai Timur Sabah.

Baru mungkin mata dia orang terbeliak. Tapi jangan harap akan menghargai kejayaan Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor. Pasti ada saja yang mereka persoalkan.  

Aku yang sering melalui jalan berkenaan pun mulai kagum. Aku dapat bayangkan betapa cantiknya rangkaian jalan raya Sabah kelak.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading