
Dalam dua tulisan terdahulu mengenai Kampung Pondo di Pulau Gaya, saya bangkitkan satu soalan kepada kepimpinan Warisan. Apa yang diusahakan oleh ADUN Tanjung Aru, Junz Wong, dan Presiden Warisan, Shafie Apdal, untuk keluarga yang berdepan perobohan rumah?
Sebelum ini merayu supaya perobohan ditangguhkan demi pelajar yang sedang menduduki SPM dan STPM. Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor, berkata kerajaan negeri sedia mempertimbangkan penangguhan itu. Pada 24 November pula, sekumpulan penduduk berhimpun di depan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan mendesak supaya Pondo diwartakan sebagai penempatan rasmi.
Nah, di sinilah Junz Wong dan Shafie Apdal perlu berterus terang. Adakah Warisan menyokong Pondo diwartakan? Kalau ya, buat kenyataan media yang dihadiri ramai wartawan.
Dua tahun Warisan sebagai kerajaan negeri Sabah, kenapa Shafie tidak mewartakan Kampung Pondo? (No wonderlah Shafie memang kuat berpolitik jahat, semasa kerajaan Warisan tiada satupun kampung termasuk di Semporna yang diwartakan, sekarang bila tidak lagi berkuasa, baru sibuk tunjuk ada otak). Berbanding kerajaan GRS dari timur ke barat beberapa kampung telah diwartakan selagi tidak melanggar undang undang.
Penangguhan memberi anak-anak ruang menduduki peperiksaan dengan tenang sudah ditunaikan. Persoalan lain di mana mereka akan tinggal. Itu soalan yang patut dijawab oleh Junz Wong dan Shafie Apdal. Segera adakan sidang media dan nyatakan bentuk penyelesaian yang Warisan akan laksanakan apa ia berbentuk prasarana dengan mengorbankan ladang ladang milik tauke Cina yang menjadi taiko dalam Warisan, terserah atau saja ladang atau tanah milik pemimpin Warisan itu sendiri, termasuk ladang Sabdi di Semporna.
Jangan hanya ambil kesempatan dengan mempolitikkan perobohan ini dengan meletakkan seluruh tanggungjawab pada Ketua Menteri, kemudian menyalahkan beliau.





















Leave a Reply