
Sikap tidak bertanggungjawab dan hipokrit seperti itulah yang wajib dijauhi rakyat Sabah. Jangan sampai ada dalam kalangan kita yang terpedaya oleh jentera pembangkang dengan hanya menonjolkan angka untuk menyerang, tetapi mengetepikan usaha berterusan dan angka yang menunjukkan kemajuan. Nilailah berdasarkan fakta yang lengkap, bukan sentimen yang sengaja dibangkitkan untuk akhirnya hanya menguntungkan pembohong.
Hal ini dilihat dalam artikel pembangkang mengenai projek Empangan Cinta Mata bernilai RM450.5 juta di Tawau. Mereka mempersoalkan perubahan tarikh siap daripada 2020 kepada 2027, tetapi tidak memberikan gambaran lengkap tentang kemajuan semasa. Tulisan itu sendiri menyebut kemajuan projek telah mencapai 74.04 peratus pada 25 Julai 2026, namun tidak menyertakan sasaran jadual bagi tarikh tersebut, iaitu 73.89 peratus.
Ini bermakna kemajuan sebenar mendahului sasaran sebanyak 0.15%. Namun pencapaian ini tidak memadamkan kelewatan angkara hati busuk pentadbiran kerajaan Warisan. Hahaha!
Sejarah projek ini perlu dijelaskan dengan lengkap. Pada 2018, ketika pentadbiran Warisan, Jabatan Air Negeri Sabah telah membuat keputusan untuk menamatkan kontrak projek Empangan Cinta Mata.
Sebenarnya projek membina Empangan Mata Cinta bermula 26 Disember 2017. Pada 14 Julai 2020 kerajaan GRS atau Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor menyatakan akan meneruskan projek tertangguh selepas pertukaran kerajaan negeri pada Mei 2018. (Kontraknya dirunding semula pada akhir 2019 dan dipersetujui, diteruskan oleh kontraktor yang sama).
Maka, penilaian terhadap kelewatan projek mesti turut mengambil kira pelanggaran ketika pembatalan kontrak dan keputusan yang diambil seterusnya perjalanan projek sebelum mencapai kemajuan 73.89%.
Seandainya projek Empangan Cinta Mata tidak mengalami penangguhan ketika pentadbiran Warisan dan berjalan mengikut jadual asal, projek itu sepatutnya sudah mencapai 100 peratus siap pada 26 Disember 2020.
Sebab itulah kemajuan sebanyak 74.04 peratus setakat 25 Julai 2026 juga perlu diakui dalam menilai usaha menyiapkan projek tersebut. Bukan semakin penyokong Warisan menunjukkan warna sebenar, tidak reti diuntung dan bersyukur.





















Leave a Reply