Isu Hutang Sabah RM6 Bilion: Naratif Warisan dan Persoalan Pembangunan Negeri

Terbaharu, Warisan melalui Mawar Channel, sebuah halaman yang telah berkali-kali didapati menyebarkan dakwaan tidak tepat dan mengelirukan. Apa yang lucu, setiap kali sesuatu dakwaan disiarkan, kelompok penyokong Warisan yang sama tampil mengiyakan dan mempertahankannya. Mungkin itu antara sebab keputusan pilihan raya negeri baru-baru ini tidak memihak kepada Warisan.

Mereka mendakwa seolah-olah kerajaan negeri GRS sengaja menambah hutang sehingga RM6 bilion. Naratif ini tidak masuk akal.

Persoalannya, hutang itu daripada siapa? Adakah daripada IMF, atau pinjaman daripada institusi kewangan tempatan yang sihat dan berjadual?

Hutang yang ditinggalkan oleh kerajaan Warisan pula berjumlah RM2.65 bilion, berdasarkan rekod dan kenyataan rasmi kerajaan negeri. Jadi, janganlah cuba memutarbelitkan isu seolah-olah semua hutang negeri hari ini berpunca daripada kerajaan GRS.

Setelah dicampur hutang yang ditinggalkan oleh kerajaan Warisan dengan pinjaman yang dibuat oleh GRS, jumlah hutang terkumpul Sabah menjadi sekitar RM6 bilion. Pinjaman kerajaan GRS digunakan untuk membiayai pembangunan infrastruktur, projek asas rakyat dan keperluan strategik negeri, bukannya untuk dibazirkan atau diselewengkan. Kerajaan Warisan pula, apakah kemajuan besar yang telah dicapai? Rakyat berhak menilainya.

Tapi benarkah hutang kerajaan Sabah sudah mencecah RM6 bilion? Bohong sebenarnya, terlanjur aku sekarang ingin uraikan naratif bodoh pembangkang Warisan.

Sabah : Hutang Awam

2024 : RM3,128,974,469.83

2025:
RM3,259,149,727.12

Tambah :
RM130,175,257.29 (4.1%)

Sumber :
Penyata Kewangan Negeri Sabah 2025

Statistik bagi tahun 2026 hanya akan diumum pada tahun berikutnya , yakni 2027.

Ekonomi menuntut kefahaman, bukti dan hujah yang berasas. Paling penting, ekonomi bukan sekadar soal berbangga kerana tidak berhutang, tetapi juga tentang kemajuan prasarana yang dilaksanakan bagi memenuhi tuntutan rakyat.

Mengapa hutang Sabah dijadikan isu sedangkan pada masa yang sama pembangkang lantang menuntut berbilion-bilion ringgit daripada hasil Sabah melalui tuntutan 40 peratus?

Jika Persekutuan masih liat membayar tuntutan 40 peratus hasil Sabah, mengapa tidak memanfaatkan pembiayaan berjadual untuk mempercepat pembangunan negeri.

Ada kenaikan 4.1% pada tahun 2025 (berbanding 2024) kerana Kerajaan Negeri telah menerima pinjaman Kerajaan Pusat bagi projek air & pembentungan.

Semua peruntukan Kerajaan Pusat bagi projek2 yg bersifat commercial (menjana kewangan Kepada Kerajaan Negeri apabila beroperasi nanti) adalah dalam bentuk pinjaman TANPA FAEDAH.

Kerajaan Negeri mengenakan charge (bayaran) keatas penggunaan air & perkhidmatan pembentungan. Keduanya memyumbang hasil kepada Kerajaan Negeri. Atas sebab ini peruntukan Kerajaan Pusat adalah dalam bentuk pinjaman kerana ia menjana pendapatan untuk negeri Sabah.

Kerajaan Negeri memilih untuk menerima pinjaman agar kita tidak perlu guna simpanan tunai yg disimpan di pelbagai bank yg menjana pendapatan kepada Kerajaan dalam bentuk faedah (interest).

Pada tahun 2024 & 2025, Kerajaan negeri menjana pendapatan 584 juta ringgit daripada simpanan tunai yg di deposit (labur) dalam pelbagai bank tempatan di Sabah.

Sabah mencatat rekod terbaik sebagai peminjam/pembayar kerana melunas semua hutang kepada Kerajaan Pusat mengikut tempoh & jumlah yg dipersetujui bersama.

Yang penting, rizab tunai Sabah meningkat dan kini mencecah RM8.6 bilion, yang boleh digunakan pada bila-bila masa mengikut keperluan negeri. Untuk makluman, kerajaan Warisan meninggalkan rizab tunai sekitar RM2.9 bilion.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from jalinluin.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading