Mungkin sudah ramai yang mengetahui mengenai rakaman video yang tular di media sosial pada Jumaat, 16 Oktober 2026, memaparkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, menzahirkan kemurkaan terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan daripada UMNO, Ismail Lasim.
Berdasarkan laporan media, kemurkaan baginda dipercayai berpunca daripada tindakan Ismail yang didakwa mengutus surat kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berhubung keputusan beliau bersama barisan Exco kerajaan negeri.
Menurut titah Tuanku Muhriz dalam rakaman berkenaan, surat itu menyatakan bahawa keputusan yang dibuat oleh Menteri Besar bersama Exco adalah sah, sekali gus membawa maksud bahawa baginda bukan lagi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Baginda turut mempersoalkan tujuan Ismail datang menghadap selagi kenyataan tersebut tidak ditarik balik.
“Go away, I don’t want to see you,” titah baginda sebagaimana kedengaran dalam rakaman yang tular.
Perkembangan ini sekali lagi menimbulkan ketidakharmonian antara pentadbiran kerajaan negeri, institusi diraja dan kedudukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan.
Benar orang kata jangan lagi berikan kuasa pada UMNO, cukuplah lebih enam dekad berkuasa. Dalam tempoh itu berbilion wang rakyat DIBAZIRKAN begitu saja, sebab itulah nasib Melayu sehingga hari ini masih menjadi modal UMNO. Tinggal lagi pendekatan sedikit berubah, meletakkan kedaulatan Sultan di atas perlembagaan. Tapi kalau sudah begini ceritanya Sultan sendiri pun murka pada sikap politik UMNO apa cerita. Hahaha!
Dari konteks Sabah ramai yang percaya UMNO lah yang bertanggungjawab mengubah struktur rakyat Sabah.





















Leave a Reply