SD Bank Nyata Pendirian Berkaitan PacifiCity – Projek Mewah Yang Gagal Dan Merugikan Bumiputera

Foundation-laying ceremony for SD Bank Nyata at Pacificity, Kota Kinabalu, Sabah

Aku bagi sedikit intro, tentang isu yang dibangkitkan oleh Adun Tanjung Aru, Junz Wong iaitu projek membina kondominium yang dinamakan PacifiCity.

Pembinaan kondominium PacifiCity bermula sekitar tahun 2014.

  • Konsep: Projek bercampur (mixed development) yang merangkumi unit kediaman (seperti kondominium mewah Pacific Heights), ruang pejabat, unit kedai, hotel, dan pusat beli-belah gaya hidup.
  • Lokasi: Terletak di kawasan strategik pesisir pantai Likas, Kota Kinabalu.
  • Status Terkini: Pemaju asal Pacific Sanctuary telah dikategorikan sebagai syarikat sakit dan pembiaya utama projek Sabah Development Bank Berhad (SDBank) merekodkan baki pinjaman tertunggak serta kerugian ratusan juta ringgit.
  • Nilai projek ini mencecah 1 bilion ringgit.

Perkembangan Penyelamatan (Terbaru)

  • Cadangan Penyelamat (“White Knight”): Pada lewat 2025, satu cadangan mengambil alih projek (termasuk pusat beli-belah dan kondominium Pacific Heights) dikemukakan. Bagaimanapun, ia mendapat bantahan ramai pembeli kerana terma pemulangan wang (refund) serendah 60% untuk pembeli ruang niaga dan syarat tambah bayaran (top-up) 10% untuk pembeli kondominium disifatkan tidak adil (Disebabkan ini jugalah projek PacifiCity terbengkalai sehingga hari ini)

Ini bukan kali pertama si Junz Wong membangkitkan projek PacifiCity. Seperti biasa dan akan mendesak Kementerian Kewangan, Datuk Masidi Manjun agar meneruskan projek PacifiCity melalui pinjaman SD Bank.

Pelik aku, projek dibina oleh syarikat swasta namun pada hemat kerajaan negeri waktu itu ia projek yang tidak ekonomikal dan merugikan masyarakat kebanyakan. Tiba kerajaan Warisan, terbalik pula penilaian mereka.

Projek PacifiCity dibina atas tanah rakyat. Tapi projek penempatan mewah bernilai bilion ringgit yang sudah pasti hanya mampu dibeli oleh golongan bangsawan dan bangsa tertentu yang dibina. Sedangkan bangsa atau bumiputera lain hanya mampu melihat.

Bumiputera yang tinggal di pinggir laut dan darat di anggap PTI, lalu wakil wakil rakyat Warisan berbangsa Cina dan macai mereka, bersuara dan mendesak kerajaan negeri agar bertindak, membersihkannya. Dalam masa yang sama terus berangan angan, Warisan menjadi pemerintah. Nanti bolehlah ditolak dan didirikan kondominium mewah, macam PacifiCity?

Janji membina semula rumah rumah mangsa kebakaran gagal ditunaikan oleh kerajaan Warisan. Hari ini disuarakan pun tidak, sebaliknya hanya sibuk mendesak kerajaan negeri agar meneruskan projek mewah yang gagal dan merugikan rakyat Sabah.

Semasa kerajaan Warisan tiada satu pun kampung diwartakan sebagai perkampungan rasmi, rupanya hanya sibuk merancang kondominium mewah.

Ehhh. Kenapa pula si Junz Wong terlalu sibuk ni. Ada apa apa kah ni?

Nah dibawah jawapan balas SDBank.


KOTA KINABALU : Bank Pembangunan Sabah Berhad (SDB) mengakui dan bersimpati dengan kebimbangan pembeli PacifiCity serta terus menyokong usaha mencari penyelesaian yang berdaya maju bagi projek yang telah lama ditinggalkan ini.

SDB adalah pembiaya projek ini dan, setakat ini, kira-kira RM300 juta masih belum dibayar. Walaupun tanah projek dicaj kepada SDB sebagai jaminan, SDB bukan pemilik berdaftar tanah yang dimiliki oleh MAKSAK.

Penting juga untuk diperhatikan bahawa pada 31 Julai 2025, Mahkamah Tinggi menolak tuntutan yang dibawa terhadap SDB dan memutuskan bahawa Bank hanyalah pembiaya projek tersebut. Mahkamah mendapati bahawa tanggungjawab atas kerugian pembeli terletak pada pemaju, yang kini telah dibubarkan.

Selepas pembubaran pemaju, projek ini berada di bawah pentadbiran likuidator yang dilantik mahkamah dan kini diuruskan oleh Likuidator Swasta.

Sejak pelantikannya, Likuidator Swasta telah bekerjasama dengan pembeli dan agensi kerajaan berkaitan, serta menjalankan beberapa tender untuk mengenal pasti pelabur berpotensi atau “white knights” bagi menghidupkan semula projek tersebut.

Namun, tiada pelabur yang telah mengemukakan cadangan yang kukuh setakat ini.

Cabaran utama kekal modal besar yang diperlukan untuk menghidupkan semula pembangunan ini.

Walaupun terdapat hutang tertunggak yang besar, SDB telah menyatakan kesediaannya untuk mempertimbangkan pengurangan ketara pendedahannya bagi menyokong pelan penyelamatan yang boleh dipercayai dan menarik pelabur berpotensi.

Namun sehingga kini, tiada cadangan rasmi telah dikemukakan untuk pertimbangan.

SDB kekal komited untuk bekerjasama dengan Likuidator Swasta, pihak berkuasa berkaitan, pembeli dan pihak berkepentingan lain bagi meneroka penyelesaian yang praktikal.

Kebangkitan semula PacifiCity yang berjaya akhirnya bergantung kepada mendapatkan pelabur yang berkemampuan dari segi kewangan yang bersedia melaksanakan pelaburan besar yang diperlukan untuk menyiapkan projek ini.-pr/BNN

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from jalinluin.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading