
Kenyataan Zahid itu hanya sesuai untuk ahli UMNO yang walaupun mereka sedar dibohongi tapi sanggup bodoh untuk mempercayainya.
Kebodohan yang mereka sembunyikan disebalik retorik membela nasib Melayu.
Akibat cabaran Zahid itu berlaku perdebatan kosong di media sosial antara rakyat biasa dan penyokong PH melawan penyokong UMNO. Dengan itu seolah olah UMNO masih bertaring, walaupun hampir rompong.
Apa pendirian Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO menjelang pilihan raya Parlimen 2020. Bersumpah atas nama Allah, tidak akan bekerjasama dengan Anwar dan DAP tapi yang berlaku.
Pada November 2022 UMNO diketuai Zahid Hamidi, Anwar dan DAP membentuk kerajaan Madani.
Maka Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri dan Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana.
Oleh kerana itu jangan ingat hanya UMNO yang menyumbang kepada pembentukan kerajaan Madani. Selain jawatan Timbalan Perdana Menteri datang dari UMNO.
Tanpa Anwar dan DAP, UMNO yang kalah teruk tidak menjadi kerajaan dan hari ini UMNO tinggal kenangan. Selain 47 tuduhan rasuah dihadapi Zahid Hamidi mendapat status DNAA (lepas tanpa membebaskan).
Kiranya kerajaan Madani atau PH menjadi talian hayat UMNO dan meringankan beban 47 kes rasuah yang dihadapi Zahid Hamidi.
Sudah begitu, berani kah Presiden UMNO, Zahid meninggalkan kerajaan Madani?
Kamu tengok muka Zahid dan pemimpin di sekelilingnya, tersenyum sinis melihat kebodohan para perwakilan.
Sedang artikel ini aku draft, limpas tajuk berita bahawa UMNO kekal bersama Kerajaan Madani hingga habis penggal. Hahahah!
Nampak kah, kalau komen penyokong UMNO yang mempertahan kenyataan Zahid semalam semuanya sampah sarap.






















Leave a Reply