NGO Malaysia Tuntut Kerajaan Indonesia Dedah Syarikat Malaysia Yang Sebabkan Jerebu

Gesaan yang tidak masuk akal.

Kebakaran hutan berlaku di Kalimantan, Indonesia yang menyebabkan jerebu teruk hingga ke Malaysia.

Sekarang, ada NGO dari Malaysia, HARAM dan Greenpeace Malaysia mendesak kerajaan Indonesia agar mendedahkan syarikat Malaysia yang mungkin terlibat membakar hutan untuk dijadikan ladang kelapa sawit.

Menurut mereka, jangan hanya mencari kekayaan tapi rakyat yang sakit kerana jerebu.

Minta di dedahkan nama syarikat atau pelabur agar dipersalahkan sekaligus dipertanggungjawabkan. Siapa berkuasa dan layak menghukum mereka?

Sudah tentulah kerajaan Indonesia itu sendiri.

Tapi kenapa pula NGO dari Malaysia lebih sudu dari kuah? seolah olah NGO ini lebih berhak dan lebih prihatin serta bertanggungjawab penuh ke atas masa depan negara Indonesia dan rakyatnya.

Jika NGO dari Indonesia yang membuat desakan, ia boleh lagi diterima akal tapi ini dari Malaysia. Mana logiknya?

Sekalipun NGO dari Malaysia yang mendesak tapi sewajarnya desakan itu totally ditujukan kepada kerajaan Indonesia, agar mengambil tindakan tegas ke atas mana mana pihak yang menyebabkan jerebu tanpa mengira status syarikat yang terlibat. Jika perlu kemukakan tuntutan gaji rugi akibat kesan jerebu yang ditanggung oleh rakyat Malaysia.

Kamu cek balik ketulenan Mykad Ahli ahli NGO itu. Ada yang tidak beres ni dan betulkan sikap mereka yang tidak ada semangat nasionalisme.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from jalinluin.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading