KM Terima Kunjungan Konsul Indonesia Baharu Di Tawau

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor hari ini menerima kunjungan hormat Konsul Republik Indonesia (KRI) di Tawau yang baharu, Bapak Dino Nurwahyudin, di Menara Kinabalu, di sini.

Bapak Dino berkata, kunjungan itu bertujuan memperkenalkan dirinya secara rasmi kepada Ketua Menteri selepas memulakan tugas sebagai Ketua Perwakilan KRI di Tawau pada 9 Julai lalu, selain membincangkan sasaran dan cadangan beliau sepanjang tempoh penugasan di Sabah.

Katanya, pertemuan itu turut memberi ruang kepada kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai perkara berkepentingan bersama serta mengenal pasti ruang yang boleh diterokai bagi memperkukuh kerjasama dua hala antara Sabah dan Indonesia.

“Hubungan antara Indonesia dan Sabah begitu erat dan telah terjalin sekain lama. Kita juga berharap adanya lebih banyak penerbangan terus menghubungkan Indonesia dan Sabah bagi memudahkan integrasi rakyat kedua-dua wilayah”, katanya.

Bapak Dino mempunyai pengalaman luas dalam perkhidmatan diplomatik, termasuk pernah berkhidmat sebagai Konselor di Kedutaan Besar Republik Indonesia di Kuala Lumpur serta memegang pelbagai jawatan di Kementerian Luar Negeri Indonesia dan perwakilan diplomatik Indonesia di luar negara.

Beliau juga pernah berkhidmat di KRI Tawau dalam bidang Penerangan, Sosial dan Kebudayaan pada 2024 hingga 2025, sebelum dilantik sebagai Ketua Perwakilan KRI Tawau.

Turut hadir ialah isteri beliau, Ibu Gain Nrangwesty.

Tamat

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from jalinluin.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading