KM Hadiri Malam Apresiasi Simposium Kehakiman Syariah Sabah

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor, menghadiri Malam Apresiasi sempena Simposium Kehakiman dan Perundangan Syariah Negeri Sabah 2026 di Grand Ballroom, Hotel Le Meridien, di sini, malam tadi.

Turut hadir, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainudin Aman; Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Mohd Razali Wahab; Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Isnin Aliasnih dan Ketua Pengarah merangkap Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Yang Amat Arif Profesor Adjung Dato’ Haji Mohd Amran Mat Zain dan Ketua Hakim Syarie Negeri Sabah, Yang Amat Arif Tuan Nawawi Diman.

Ketua Menteri turut menyaksikan penyampaian cenderahati kepada jabatan dan agensi terbabit sebagai sebahagian daripada pengisian Malam Apresiasi berkenaan.

Simposium Kehakiman dan Perundangan Syariah Negeri Sabah telah dirasmikan oleh Yang Di-Pertua Negeri, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa Haji Aman di Sabah International Convention Centre (SICC) pada Rabu.

Tamat

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from jalinluin.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading