Saja aku tulis artikel, siapa tahu jadi rujukan di masa akan datang. Itu saja tujuannya bukan niat mencampuri politik negeri orang.

Tiada rundingan untuk PH bersama Kerajaan negeri Sembilan. Begitu kata Adun Lenggeng, Asni dari parti UMNO.
Hakikatnya kau setakat Adun biasa biasa. Mana mungkin kau tahu, telah ada perundingan diantara Presiden UMNO dan Ketua Ketua PH.
Perundingan itu pasti membincangkan kemungkinan kemungkinan besar. Yang apapun yang berlaku selepas pilihan raya. UMNO dan PH bersama sama membentuk kerajaan Negeri Sembilan.
Kalau pun dia tidak bersetuju, apa yang dia boleh buat? bubarkan DUN? tidak mungkin malah mustahil.
Jika UMNO, PH dan PN sama sama membentuk kerajaan atau PH turut dalam kerajaan maka pilihan raya negeri Sembilan baru ini tidak bermakna hanya membazirkan wang rakyat.
Moralnya jangan lagi percaya pada retorik kepartian terutama dari parti UMNO, semua itu hanyalah kata kata untuk menutup kegagalan mereka selama ini.
Kamu orang pun tahu, tragedi pentadbiran semasa kerajaan UMNO hingga akhirnya UMNO tumbang pada pilihan raya umum 2018.
Jangan juga terlalu percaya bila mana pihak UMNO mendakwa kononnya Melayu terancam. Terancam atau tidak Malaysia ada undang undang yang melindungi hak hak setiap rakyat Malaysia.






















Leave a Reply