
Kalau aku yang diminta menarik kenyataan yang sudah lepas, pasti aku enggan. Apa lagi permintaan itu dari wakil rakyat Warisan yang terkenal kuat memanipulasi isu demi mengekalkan momentem nama mereka dan parti Warisan.
Mungkin sebab aku bukan orang yang berjiwa besar macam Adun Sulaman yang juga Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor.
Menyamakan pemikiran wakil rakyat Warisan, Chin Tek Ming seperti otak gila adalah tepat, walaupun dia seorang peguam.
Bukan semua peguam cerdik, malah ramai yang bodoh piang dan berotak gila angkara terlalu membohong dan terlalu tidak mengenal halal haram.
Apa lagi jika sanggup membela pengedar dadah demi mengejar imbuhan makinlah otaknya cepat rosak.
Seseorang itu dianggap gila. Bila sikap dan tindakan mereka sanggup bodoh dan bercakap perkara sebaliknya sedangkan mereka sendiri mengetahui kebenarannya.
Semalam. Sebelum hari kedua mesyuarat DUN penggal ke dua bermula. Adun Kapayan meminta Adun Sulaman menarik balik kenyataan atau Hansard bertarikh 30 April 2026. Di mana Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah menyebut Adun Kapayan seorang peguam tapi otaknya gila.
Adun Sulaman bersetuju menarik balik pernyataannya itu. Bravo, terbukti Adun Sulaman Datuk Hajiji Noor seorang pemimpin berjiwa besar.
Itu aku kata, aku bukan manusia berhati mulia macam Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor.






















Leave a Reply