Shafie Tahu Apa Persoal Kos Penerbangan/Perjalanan TYT Dan KM Sabah!

Hari ini Mesyuarat Ke Dua Penggal Ke Dua Sidang DUN Sabah.

Ketua pembangkang Sabah, Shafie Apdal yang juga Adun Senallang cuba memanipulasi perbelanjaan penerbangan dan pengangkutan TYT dan Ketua Menteri Sabah.

Shafie menggemukkan angka yang kedengaran besar seolah olah kerajaan negeri Sabah boros membelanjakan wang rakyat dan hanya menguntungkan syarikat penerbangan tertentu yang dia sendiri tidak tahu.

Satu lagi usaha pembangkang  cuba mengelirukan pemahaman rakyat Sabah. Jahat betul perangai Shafie Apdal ni.

Shafie mendakwa kos penerbangan dan pengangkutan TYT dan Ketua Menteri Sabah sehari RM193 ribu, kalau setahun mencecah RM70.5 juta lalu beranggapan satu pembaziran dan hanya  menguntungkan syarikat penerbangan tertentu.

Kritikan itu hanya menunjukkan Shafie Apdal tidak arif soal ekonomi, walaupun pernah menduduki Ketua Menteri Sabah. Yang sepatutnya telah mengajarnya selok belok pentadbiran, mengurus perbelanjaan dan tahu syarikat penerbangan yang digunakan oleh TYT dan Ketua Menteri Sabah.

Nampak sangat kritikan ini juga bersifat buruk sangka. Orang kata akibat hati yang hitam, lupa sendiri pun terpalit dengan penyelewengan RM1.5 bilion wang rakyat dalam Kementerian KKLW.

Semasa menjadi Ketua Menteri Sabah. Aku mendapat tahu beberapa aset negeri telah dijual kepada tauke Cina dan sehingga hari ini kerajaan negeri  bergelut bagi mendapatkan balik aset berkenaan. Salah satunya Bangunan USIA di Semporna.

Syarikat penerbangan yang digunakan oleh TYT dan Ketua Menteri Sabah hari ini bernama Sabah Air Aviation Sdn. Bhd. Sebuah syarikat berkaitan kerajaan negeri Sabah dibawah tanggungjawab Kementerian Kewangan Sabah.

60% saham Sabah Air Aviation dipegang oleh kerajaan negeri, 40% lagi milik Sabah Energy Corporation Sdn. Bhd sebuah syarikat yang juga milik kerajaan negeri.

Bererti sekecil atau sebesar apa pun kos penerbangan dan pengangkutan TYT dan Ketua Menteri Sabah akhirnya  menjadi pendapatan kerajaan negeri Sabah. Siapa yang untung? negeri dan rakyat Sabah juga yang untung.

Jadi pertanyaan Shafie, syarikat apa yang mengurus penerbangan TYT dan Ketua Menteri Sabah telah berjawab. Dia saja tu yang masih bodoh!

Dakwaan Shafie Apdal yang kos RM70 juta setahun sebagai nilai yang sangat besar adalah tuduhan yang bodoh jika dibandingkan dengan kerajaan Sarawak yang mencecah RM100 juta setahun.

Tapi pembangkang di negeri itu cerdik tidak menjadikannya isu murahan. Mereka tahu jawatan Ketua  Menteri atau Premier dan TYT ada keistimewaan yang wajar  dihormati, setelah bekerja keras mengurus negeri dan rakyatnya.

Mereka juga sedar walaupun kos setiap penerbangan TYT dan Premier agak besar tapi akhirnya menjadi pendapatan negeri. Mereka juga sedar seorang Ketua Menteri  perlu kelihatan megah agar dihormati oleh orang luar dan yang paling penting tahu setiap perjalanan Ketua Menteri pasti membawa pulangan yang lebih besar.

Bukan macam Ketua Menteri era kerajaan Warisan. Tiada aura hanya penuh  retorik politik. Sabah ketika itu tidak menerima limpahan kepimpinannya.

Semasa kerajaan Warisan Jet rasmi kerajaan negeri bolah dinaiki sesuka hati dan oleh sesiapa saja. Walhal kos menyelenggara sebuah jet menelan ribuan ribu ringgit wang rakyat. Tapi apa macai Warisan peduli. Pui!

Kredit infografik ini.


RM70 juta setahun untuk Ketua Menteri Sabah dan TYT adalah perbelanjaan yang kecil jika kita nisbahkan dengan kos operasi jet rasmi kerajaan. Contohnya. Setiap penerbangan 3 jam ia menelan kos sekitar RM150,000.

Sebab itulah peruntukan penerbangan dan pengangkutan Premier dan TYT Sarawak jauh lebih besar berbanding Kerajaan Sabah.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading