Pengundi Desak Kerajaan Selesai Kesesakan Jalan Bukit Padang, Mana Adun Warisan?

Penduduk Bukit Padang desak kerajaan selesaikan kesesakan jalan raya di kawasan mereka.

Mereka mendakwa punca kesesakan akibat sikap penduduk yang meletakkan kenderaan masing masing dibahu jalan raya, menyebabkan laluan sempit hingga menjadi punca kesesakan jalan raya.

Bukit Padang terletak dalam DUN Luyang yang diwakili parti Warisan, Samuel Wong.

Kerja mudah yang boleh dilakukan sendiri oleh Samuel Wong dan kakitangannya. Dengan hadir ke tempat kejadian dan menasihatkan pemilik kereta terbabit agar mencari tempat lain. Jika tempat tiada, Adun Luyang sendiri akan mengeluarkan dana untuk membina tempat parking yang lebih selesa. Macam mana?

Ini tidak, wakil wakil rakyat Warisan hanya pandai memanipulasi isu agar kerajaan negeri pula yang dipersalahkan. Sedangkan tanggungjawab sebagai wakil rakyat pembangkang bukan hanya seumpama tin kosong tapi juga wajib turun pandang dan menyelesaikan kesusahan yang dihadapi oleh pengundi. Pandai pandai merekalah cari wang, kalau ada harta jual, bukan kah wakil rakyat pembangkang juga menerima gaji dan elaun setiap bulan. Begitu juga peruntukan DUN. Habis wang sebanyak itu dibelanjakan ke mana?

Rakyat dalam DUN pembangkang juga kenalah cerdik dan menuntut sesuatu dari mereka, kamu tu hidup susah dan menuntut pertolongan. Tak kan dengan menyalahkan kerajaan negeri, kamu terus kaya dan hidung senang dari wakil rakyat kamu, janganlah bodoh sangat dan miskin harga diri.

Esok esok andai kerajaan bertindak menyelesaikan isu ini, nanti ada pula yang marah, termasuk yang memviralkan video ini lalu menyokong Warisan.

Jadi bagus pengundi Bukit Padang desak Adun Luyang agar menyelesaikan kesesakan itu. Tapi kalau dengan air liurnya pun kamu selesa nah teruskan menyalahkan kerajaan negeri. Hahaha!

Kita sebagai rakyat jadilah cerdik sikit bha, pandang ke hadapan kalau ingin maju.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading