
Bangunan USIA Semporna, sempat viral seawal kerajaan Warisan.
Viral kerana tiba tiba bangunan USIA di cat baru dipercayai untuk dijadikan hotel.
Mulanya orang ingat ia sebahagian dari inisiatif kerajaan Warisan dalam usaha menambah pendapatan yang diusahakan oleh anak syarikat kerajaan negeri.
Ternyata tidak hotel itu diusahakan oleh syarikat swasta atau tauke Cina.
Itu bererti pemilik bangunan USIA Semporna telah berpindah tangan, selama ini milik kerajaan negeri, kini menjadi milik syarikat atau orang perseorangan.
Satu ruang di bahagian bawah bangunan telah di ubah suai oleh pemilik baharu, untuk dijadikan premis nombor ekor. Namun ditentang oleh masyarakat tertentu yang juga kroni Ketua Menteri ketika itu.
Mereka menghalangnya bukan sebab bangunan USIA telah menjadi milik tauke Cina. Tapi semata mata akan mendapat malu dan dipersalahkan oleh masyarakat luar kerana bangunan yang selama ini dikaitkan dengan Islam telah tercemar, menjadi premis judi. Buktinya sehingga kerajaan Warisan berakhir bangunan USIA kekal menjadi milik orang asing.
Untung kerajaan GRS kerajaan yang bertanggungjawab, tidak alfa dan buta hati, membiarkan harta milik rakyat Sabah di pindah milik. Apa lagi dijual kepada orang luar yang tiada kaitannya dengan Islam.
Baru ini kerajaan GRS melalui Ketua Menteri Datuk Haijij Noor dan Menteri KKTP, Datuk Arifin Arif telah memulakan langka tegas mengambil balik bangunan USIA dari tauke Cina. Walaupun berhadapan dengan birokrasi dan terpaksa menggunakan wang rakyat Sabah untuk menebusnya dengan sudah tentu harga yang lebih mahal atau tertentu.
Kerajaan Warisan adalah soal kerabat dan kroni kepimpinan Shafie menjarah kekayaan negeri, sedangkan masyarakat yang menyokong Warisan, terus terbiar dan terpinggir. Namun masih ada yang tidak sudah sudah mempercayai propaganda Shafie atau Warisan dan sanggup menyalahkan kerajaan negeri tanpa sebab yang munasabah.
Penyokong Warisan memang pelik macam orang yang tiada hati dan otak. Walaupun hidup aman harmoni dibawah kerajaan GRS/Madani dan beberapa bantuan diberikan tapi masih ada yang menyokong pembangkang Warisan.
Justeru berharap pada rakyat Sabah agar selepas ini tanpa mengira fahaman politik, sewajibnya bersyukur kerana ditadbir oleh kerajaan GRS atau Ketua Menteri, Datuk, Hajiji Noor yang bertanggungjawab dan proaktif menjaga kepentingan negeri dan rakyat Sabah. Sebaliknya mengtong sampah kan parti dan kepimpinan Warisan yang tidak bertanggungjawab dan keparat.






















Leave a Reply