Aku rasa ini kejayaan terbesar Polis Sabah selain beberapa siri tangkapan ke atas pengedar dan bahan dadah sebelum ini. Tahniah di ucapkan.
Paling penting, nasib baik Sabah hari ini diperintah oleh GRS jika Warisan maka kegiatan haram seperti ini akan terus berleluasa.
Buktinya kadar jenayah tiba tiba menurun apa bila kerajaan Warisan tumbang pada 2020. Bukan yang aku cakap tapi pihak Polis Sabah ketika itu.
Jangan lupa peguam Warisan menjadi pembela kartel dadah Upik.
Jangan buat tidak tahu, pihak Polis ada hubungan yang baik dengan kerajaan Sabah, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dalam usaha membenteras kegiatan jenayah di Sabah.
Jangan banyak cerita, kalau pun kamu risik individu yang terbabit, besar kemungkinan mereka adalah penyokong tegar Warisan.










KOTA KINABALU; 20 MEI 2026 (Rabu) – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah berjaya menumpaskan sindiket penipuan urusan permohonan kad pengenalan Malaysia palsu menerusi Op Pugo yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Sabah.
Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Datuk Jauteh Dikun berkata, operasi itu membawa kepada penahanan lima lelaki dan empat wanita berumur antara 36 hingga 61 tahun di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Keningau dan Papar.
Menurut beliau, sindiket tersebut dipercayai menyasarkan warga asing yang lahir di Sabah dan tidak memiliki dokumen pengenalan diri sah dengan menawarkan urusan mendapatkan MyKad secara tidak sah.
Katanya, hasil serbuan turut membawa kepada rampasan pelbagai peralatan dan dokumen dipercayai digunakan bagi kegiatan penipuan berkenaan.
Antara yang dirampas termasuk dokumen permohonan MyKad, salinan sijil lahir, cop Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) palsu, kad pengenalan palsu, telefon bimbit, komputer serta beberapa kenderaan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 420 dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan serta Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.
Beliau berkata, kejayaan itu hasil risikan berterusan, tindakan pantas anggota di lapangan serta kerjasama pelbagai agensi keselamatan dan orang awam.
Polis Kontinjen Sabah turut merakamkan penghargaan kepada masyarakat yang terus menyalurkan maklumat bagi membantu usaha membanteras jenayah di negeri ini.
Sumber






















Leave a Reply