Tanah Pekan Matunggong: Jangan Keruhkan Keadaan Dengan Kisah Pinggiran

Ini aku angkat cerita pasal operasi perobohan rumah di “Kampung Asaoan”, Kudat yang berlaku semalam.

Seperti biasa jika ada isu seperti ini maka akan ramai dikalangan penyokong Warisan dan sejenisnya termasuklah sekumpulan individu yang mengelar diri mereka sebagai “Mahasiswa UMS”. Berusaha memanipulasi isu di media sosial seolah olah kerajaan negeri sengaja menganiaya “penduduk” Matunggong.

“Mahasiswa” yang tampak pro pembangkang pula sanggup turun ke lapangan hingga berlaku “perlawanan dengan anggota Polis. Sedangkan aku yakin mereka sendiri tidak tahuย pun kedudukanย  yang sebenar benarnya, ia berdasarkan kenyataan dari penduduk Kampung Tuid iaitu jiran “Kampung Asaoan ” yang mendedahkan perkara sebenar.

Sejujurnya aku tidak kenal penduduk kampung Tuid yang menulis pencerahan dibawah. Tapi kamu yang berakal sihat sudah tentu mampu membuat penilaian secara adil tanpa perlu mengetahui siapa penulisnya.ย  Justeru itu aku berhasrat memaparkannya disini.



Isu pencerobohan tanah di kawasan pekan Matunggong yang tular sejak 12 Mei 2026 telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat. Ramai yang membuat ulasan tanpa pernah menjejakkan kaki ke kawasan tersebut, apatah lagi mengetahui sejarah sebenar tanah itu. Sebagai penduduk asal Kg Tuid yang telah menetap selama 48 tahun, saya terpanggil untuk memberi pencerahan agar kebenaran tidak dikuburkan oleh kisah pinggiran.

*Isi 1: Status Tanah Yang Jelas* 
Tanah pekan Matunggong bukanlah tanah kosong. Ia telah digazetkan dan bergeran lebih 30 tahun yang lalu sebagai tanah kerajaan untuk tujuan pembangunan awam – hospital, bomba, polis, sekolah, dan kompleks sukan. Penggazetan ini penting bagi menaik taraf Matunggong kepada daerah penuh.

Dulu, semasa era Safoda, ramai penduduk Kg Tuid dan Kg Hobut memang ada LA di kawasan tersebut. Namun apabila tanah itu digazetkan, semua LA dibatalkan secara sah. Kami akur kerana kami faham ini untuk kepentingan bersama.

*Isi 2: Pencerobohan Yang Bermula Baru 7 Tahun* 
Sebelum 7 tahun lalu, tiada satu rumah pun wujud di kawasan tanah bergeran pekan Matunggong. Kerajaan tidak pernah melarang penduduk asal menggunakan tanah itu untuk ladang padi dan sayur. Ramai kami dari Kg Hobut dan Kg Tuid masih berladang di situ secara aman.

Masalah timbul apabila ada pihak mula membuka tanah secara besar-besaran untuk menanam getah, kelapa, buah-buahan, dan membina rumah konkrit. Tujuannya sudah berubah daripada meminjam untuk bertani kepada memiliki secara persendirian. Ini bukan lagi adat meminjam tanah, ini pencerobohan.

*Isi 3: Amaran Telah Diberi, Tetapi Diabaikan* 
Pihak urusetia pengurusan tanah telah memacak notis amaran. Tali kuning dipasang pada 12.05.2026 sebagai peringatan awal agar penghuni membuka rumah sebelum operasi perobohan 19-21.05.2026. Namun notis itu dicabut, tali itu diputuskan.

Lebih mengecewakan, ada yang membawa masuk orang luar dan bangsa lain yang tiada kaitan langsung dengan Kg Hobut dan Kg Tuid untuk turut serta menceroboh. Ini menimbulkan persoalan: siapakah dalang di sebalik pencerobohan ini? Adakah ada tawar-menawar di belakang?

*Isi 4: Jangan Salahkan Penduduk Asal* 
Majoriti penduduk Kg Tuid dan Kg Hobut tidak terlibat. Kami pernah ada LA di situ, kami tahu tanah itu milik kerajaan. Yang memaparkan kubur lama Pogun Tanaru di media juga perlu ditanya: sejak bila nenek moyang mereka menjadi penduduk Kg Hobut dan Kg Tuid? Kubur itu adalah warisan kami, bukan alat untuk menuntut tanah yang bukan hak mereka.

*Penutup* 
Kami menghargai campur tangan media, tetapi kami memohon agar fakta disemak terlebih dahulu. Jangan jadikan isu ini konten murahan yang hanya mengeruhkan keadaan.

Biarlah pihak berwajib yang lebih arif berurusan dengan kumpulan penceroboh ini. Kami penduduk asal hanya mahu melihat pekan Matunggong dibangunkan dengan aman, tanpa fitnah, tanpa tipu daya.

Tanah ini ada sejarahnya, ada pengorbanan dan air mata di sebaliknya. Jangan rosakkan dengan kisah yang tidak lengkap.

Sekian, terima kasih. 
*Penduduk Asal Kg Tuid*

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading