STAR Warisan Bentuk Jajaran Baru?

Padan pun baru baru ini  Jeffrey Kitingan keluar dari beberapa  grup WhatsApp.

Sampai aku tertanya tanya dan bertanya pada admin grup. Siapa kah gerangan berkenaan.

Sekali admin tu balas,  Jeffrey Kitingan.

Aku hanya mampu tersenyum.

Rupanya ada cerita di sebaliknya, ada konon jajaran baru antara  Warisan dan STAR bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Aku dimaklumkan pada minggu lepas yakni sebelum gambar majlis sambutan Kaamatan  Keningau di atas diambil.  Ada pertemuan sulit  di antara Shafie dan Jeffrey.

Jadi begini, kerjasama Shafie dan Jeffrey ini pada aku tidak mendatangkan impak sangat pun. Sebab propaganda dan sentimen penyokong mereka selama ini hampir sama yakni berkaitan perjanjian Malaysia 1963, tapi masih gagal memenangi pilihan raya negeri baru ini.

Selama ini  terutama penyokong STAR menganggap Shafie sebagai PTI. Tanggapan ini berjaya mengekalkan sokongan KDMR terhadap Jeffrey atau STAR.

Begitu pula sentimen yang dilemparkan oleh pemimpin dan penyokong Warisan, mendakwa   Jeffrey sebagai pemimpin yang tidak boleh dipercayai dan tidak  berpegang pada janji. Flip flop!

Apa sikap dan perasaan penyokong STAR dan Warisan selepas ini, memandangkan selama ini saling meludah ke muka masing masing. Bagaimana pula dengan penerimaan masyarakat bukan hanya kepada pemimpin tapi macai STAR dan Warisan? aku yakin majoriti tidak lagi mempercayai mereka.

Sejurus artikel ini dipaparkan, kita boleh tahu sudah tu, apa bahan yang digunakan untuk merasionalkan kerjasama sumbang mereka. Hahaha!

Pertanyaannya siapa nanti yang mempercayai mereka?

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading