

Walhal AUKU telah membuka ruang pada pembangkang, sebab itulah wujud mahasiswa sewel berkenaan. Dalam hal ini aku tidak membuat kritikan balas yang agak keras, sebab mereka tidak membabitkan kerajaan negeri, mungkin mereka sedar ia dibawah tanggungjawab persekutuan.
Orang kata kalau ingin mendapat gelaran hero maka bersiap sedialah dengan sebarang kemungkinan yang ditakuti oleh mahasiswa berkenaan. Kalau hanya suka bersuara lantang tapi takut menanggung risiko bagus jual bakso di tepi jalan, itupun masih ada risiko akan dihalau dan di saman oleh PBT atau terlanggar kenderaan berat.
Semalam perhimpunan tolak Azam Baki yang berlangsung di Kuala Lumpur. Kita dapati berdasarkan gambar dan video yang tersebar, kebanyakan peserta adalah golongan Mahasiswa.
Tapi Mahasiswa di atas masih mempersoal kebebasan bersuara mereka. Apa barang oh, sikit sikit menagih perhatian.
Namun perhimpunan itu dikatakan gagal kerana tidak mendapat sambutan masyarakat ramai.
Aku yakin dan percaya sikap dan pemikiran seperti ini hanya membabitkan segelintir Mahasiswa terutama Mahasiswa UMS, dimana majoriti mereka matang dan fokus pada bidang masing masing. Mereka ini yang syok sendiri.
Mereka tidak tahu kah di Sabah ramai golongan bijaksana dan pemberani yang juga bersuara seperti mereka, tinggal lagi ia disampaikan diam diam.






















Leave a Reply