Persekutuan Bagi Peruntukan Baiki Jambatan Roboh Pulau Gaya Tapi Yang Di Marah Negeri

Titian Pulau Gaya bakal dibina semula tapi yang sakit hati pihak Warisan. Kenapa? lupa Pulau Gaya dalam DUN Tanjung Aru.

Atau macai Warisan tidak senang sebab Pulau Gaya dihuni oleh ramai Bajau Suluk yang mereka anggap PTI? kalau begitu tinggalkan parti Warisan dan tarik balik undi yang telah diberikan pada Junz Wong.

PTI apa, wahai macai Warisan kalau boleh mengundi.

Nampak sudah kan selama ini, jentera Warisan itu sendiri, dalam diam tidak menerima keberadaan Bajau Suluk dan Bugis hingga digelar PTI walaupun boleh mengundi, jika begitu Shafie itu sendiri boleh dianggap PTI seperti juga wakil wakil rakyat Warisan berbangsa Cina.

Tidak tahulah kalau selepas ini masih ramai Bajau Suluk dan Bugis menyokong Warisan.

Polemik ini ditimbulkan oleh pihak Warisan bila mana PM Anwar mengumumkan peruntukan RM300 ribu untuk membina semula jambatan roboh di Pulau Gaya dengan mendakwa bukan kerajaan negeri yang salurkan.

Jika begitu adakah semasa kerajaan Warisan, Shafie pernah membagi peruntukan kepada DUN DUN pembangkang? Janji membina semula rumah rumah mangsa kebakaran di DUN Warisan yakni di Semporna dan Sandakan pun tidak ditunaikan. Pui!

Sepatutnya pihak Warisan berterima kasih pada siapa pun yang membantu, baik kerajaan negeri mahupun persekutuan.

Sebaliknya yang sepatutnya dipersoalkan ialah Junz Wong selaku wakil rakyat Tanjung Aru, mana tanggungjawabnya sampaikan kerajaan persekutuan pula yang membantu, memandangkan peruntukan berkenaan bertentangan dengan propaganda tolak Malaya yang selama ini dimainkan oleh pemimpin dan macai Warisan.

Apa itu tolak Malaya? tidak berkerjasama dengan mana mana parti dari semenanjung, lebih extrema kalau kita imbas balik komen komen penyokong Warisan seolah olah Sabah sedang dijajah oleh Malaya oleh itu kemerdekaan mesti dituntut.

Tapi hari ini dengan rasa tidak malu menguar uarkan peruntukan dari parti Malaya yakni Anwar Ibrahim selaku Presiden PKR yang juga Perdana Menteri Malaysia.

Ini juga membuktikan sentimen tolak Malaya yang dimainkan pihak Warisan sehingga hari ini tidak lebih dari kata kata nista sekumpulan orang berperangai munafik.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading