Shafie Buat Surat Supaya Pengarah Imigresen Sabah Membebaskan Niko, Lakonan Apa Lagi!

Sebelum ini Wakil Rakyat Warisan Cina mendesak kerajaan negeri  supaya menangkap PTI dari Indonesia dan Filipina, menyebabkan kerabat PTI yang ada mykad, tidak puas hati. Marahlah! sebab  kemenangan beberapa calon Cina Warisan di pantai barat serba sedikit datang dari  undi kaum Bugis dan Bajau Suluk.

Tapi tidak pula dinyatakan dengan jelas kalau gesaan itu juga membabitkan PTI PTI dari tanah besar China. Hahaha!

Hakikatnya GRS sebagai parti pemerintah negeri Sabah. Tanpa desakan pun, apa lagi dari pembangkang yang bertujuan mencari populariti. Pasti juga Jabatan Imigresen  menjalankan tanggungjawab mereka, tinggal lagi kerajaan GRS bersikap terbuka, telus dan tidak campur tangan sebab itulah tampak penguatkuasa Imigresen kali ini lebih tegas, berkesan dan adil.  Berbanding semasa kerajaan Warisan, walaupun Imigresen juga bertindak tetapi terkekang oleh  birokrasi kerajaan negeri atau lebih tepat Menteri Menteri Warisan yang lemah dan campur tangan walaupun kesalahan yang dilakukan cukup berat termasuk kesalahan pengedaran dadah syabu.

Dalam pada wakil wakil rakyat Warisan dan pemimpin-pemimpin KDMR pro Warisan mengeji keberadaan PTI. Pura pura dalam diam Shafie Apdal selaku Presiden menghantar  surat kepada Pengarah Imigresen Sabah agar membebaskan budak Niko yang ditahan kerna tiada dokumen diri yang sah.

Beberapa alasan yang diberikan dalam surat berkenaan, seolah olah kepimpinan GRS tidak prihatin macam Shafie, pui!

Jika kerajaan negeri GRS tidak berperikemanusiaan sudah lama tu perkampungan total setinggan yang dihuni penyokong Warisan yang juga mencuri air dan letrik di robohkan atau dibenteras.

Sekarang kamu nampak sudahkan perbezaan tindakan, semasa menjadi pemerintah dan pembangkang sangat paradoks dan penuh kepura puraan.

Jika benar surat berkenaan dibuat dan ditandatangani oleh Presiden Warisan, Shafie Apdal. Maka berikut kesimpulanku!

Menunjukkan kepimpinan Warisan pembohong dan tidak ikhlas mengurus penyokong mereka termasuk PTI. Mereka juga tidak ikhlas menyelesaikan lambakan PTI yang mungkin boleh diberikan  dokumen atau pas kerja.

Semasa perobohan beberapa buah rumah penyokong Warisan di Pulau Bohey Dulang. Tidak pula Shafie bela malah menyokong perobohan. Padan muka penyokong Warisan yang selama ini memuji kebaikan Shafie walaupun tidak wujud dimana hanyalah propaganda politik semata mata.

Kepimpinan Warisan memang sentiasa flip flop, bergantung pada isu. Jika isu berkenaan difikirkan boleh menguntungkan mereka, maka akan berlakon sebagai pembela. Begitu pula sebaliknya akan menentangnya seolah oleh mereka kisah akan nasib negeri dan rakyat Sabah. Pui!

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading