
Tersebar berita UMNO Sabah, Rahman Dahlan meletakkan jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Tuaran tapi kekal sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia atau lebih tepat masih sebagai ahli UMNO.
Tiada alasan yang dikemukakan susulan perletakkan jawatan berkenaan. Jadi apalah tu? ini namanya berita politik yang sangat buang masa atau bahasa yang lebih padu, tiada faedah.
Apa yang dilakukan oleh Rahman ini hanyalah usaha melepaskan diri dari kesan penolakan rakyat Sabah terhadap UMNO.
Sekaligus membuka sedikit potensi jika kelak bertanding pada pilihan raya umum yang dijangka akan berlangsung pada tahun hadapan.
Meletakkan jawatan sebagai ketua UMNO Tuaran bererti tidak lagi bertanding untuk Parlimen Tuaran. Namun tetap akan bertanding atas tiket UMNO tapi dimana? di parlimen yang difikirkan menerima banyak sokongan GRS macam Kinabatangan walaupun kononnya kerusi milik UMNO! Hahaha!.
Barang diingat, pada pilihan raya negeri 2020 UMNO/BN mendapat 14 kerusi DUN namun pada pilihan raya negeri 2025 tinggal 6 kerusi DUN. Itu pun dua DUN mendapat majoriti nyawa nyawa ikan 77 dan 153 undi.
Sebagai rakyat Sabah, kita tidak bersikap ego menafikan hak seseorang dari konteks demokrasi. Demokrasi tidak menilai parti berasal dari mana dan apa yang telah dilakukan semasa jadi parti pemerintah. Tetapi biarlah mereka sedar diri dan menyedari hari ini rakyat Sabah telah memberi kepercayaan penuh pada GRS untuk mentadbir dan memajukan Sabah.
Jadinya sebarang perundingan dengan GRS, wajib mendahului dan bersetuju dengan keputusan yang telah diambil. Jangan dok besar kepala seperti kepimpinan UMNO ketika dalam proses menghadapi pilihan raya negeri 17. Presiden UMNO, Zahid pula yang berlagak ketua, seolah olah telah ada kerjasama yang dipersetujui di antara UMNO dan GRS. Tahu tahu pihak GRS yakni Datuk Hajiji Noor menafikannya malah mengingatkan UMNO agar menghormati kehendak rakyat Sabah.






















Leave a Reply