12 Kru Warga Indon Bot Nelayan Di Tahan – Kenapa Tidak Guna PTI Yang Sedia Ada

Ok pekerja atau PTI tiada surat menyurat yang sah berjaya dicekup membuktikan kesungguhan kerajaan menegakkan Undang Undang.

Cuma aku ingin bertanya kenapa tidak menggunakan pekerja atau PATI yang sedia di Sabah, yakni mereka yang telah didaftarkan? sekurang kurangnya dapat juga di memanfaatkan terutama mereka yang  tiada pekerjaan, sekaligus mengurangkan pergolakan sosial dalam masyarakat?

Daripada majikan membawa PTI baharu dari Indonesia kan elok gunakan PTI yang sedia ada, tidak kira kiralah dari Indonesia mahupun Filipina? ini malah sebaliknya menambah bilangan PTI. Hemmm!

Siapa majikan berkenaan? kurang ajar pula!



KOTA KINABALU; 30 MAC 2026 (Isnin) โ€“ Taktik sebuah Vesel Nelayan Tempatan (VNT) menggaji kru tanpa permit terbongkar apabila ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam rondaan kira-kira 0.70 batu nautika di utara Pulau Manukan, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan W.P. Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @Razali berkata, bot berkenaan dikesan mencurigakan sebelum diperiksa pasukan penguat kuasa.

โ€œHasil pemeriksaan mendapati seramai 12 kru termasuk nakhoda berada di atas vesel itu, dengan lima daripadanya disyaki melanggar Akta Imigresen 1959/63 kerana menggunakan Pas Lawatan Sosial tanpa permit kerja sah,โ€ katanya.

Menurutnya, bot terbabit turut disyaki melanggar Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana beroperasi tanpa jumlah kru mencukupi seperti ditetapkan.

Kesemua kru berusia 21 hingga 54 tahun itu merupakan warga Indonesia dan telah diiring ke jeti untuk siasatan lanjut.

โ€œMaritim Malaysia turut menyita vesel berkenaan dengan anggaran nilai rampasan mencecah RM2 juta.

โ€œKami tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang, khususnya membabitkan kesalahan imigresen dan keselamatan pelayaran,โ€ katanya.

Beliau turut menggesa orang ramai menyalurkan maklumat aktiviti mencurigakan di laut kepada pihak berkuasa bagi memastikan perairan negara sentiasa selamat dan terkawal.

Sumber Media Perdana.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading