Kestabilan Politik Terus  Diperkukuh

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menegaskan Kerajaan Negeri kekal komited dalam memperkukuh kestabilan politik yang sedang dinikmati di Sabah ketika ini.

“Kestabilan politik adalah prasyarat utama kepada pembangunan dan kemakmuran,” negeri,” katanya.

Ketua Menteri berkata, Kerajaan Negeri telah merangka hala tuju yang lebih strategik dan menyeluruh melalui Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 bagi memacu Sabah ke tahap kemajuan yang lebih tinggi.

“SMJ 2.0 bukan sekadar pelan di atas kertas, sebaliknya ia merupakan komitmen jitu untuk mentransformasikan ekonomi negeri, memperkasa modal insan dan memastikan kesejahteraan rakyat menjadi keutamaan,” katanya dalam perutusan Hari Raya Aidilfitri 2026.

Sehubungan itu, Ketua Menteri mengajak seluruh rakyat Sabah untuk menjadikan sambutan Aidilfitri sebagai pemangkin untuk memperbaharui tekad, mempererat perpaduan dan melipatgandakan usaha demi membina Sabah yang lebih maju dan sejahtera di bawah naungan agenda Sabah Maju Jaya.

“Sesungguhnya, Aidilfitri adalah simbol kemenangan melawan hawa nafsu, kemenangan mendidik jiwa dengan kesabaran dan keikhlasan serta platform terbaik untuk memperkukuh silaturahim sesama keluarga, jiran tetangga dan masyarakat keseluruhannya.

“Di bumi Sabah yang bertuah ini, Aidilfitri diraikan dalam suasana muhibah oleh masyarakat pelbagai kaum dan agama. Inilah kekuatan sebenar kita, iaitu perpaduan dalam kepelbagaian.

“Nilai hormat-menghormati, toleransi dan kebersamaan yang kita warisi sekian lama harus terus dipelihara sebagai asas kestabilan dan kemajuan negeri,” katanya.

Tamat

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading