
Pilihan raya negeri ke 17 sudah ditentukan. Ternyata GRS berjaya memenanginya sekaligus mengekalkan kerajaan dengan kemenangan bergaya 29 kerusi DUN.
Tidak dinafikan kali ini parti Warisan memberikan sediki tentangan hingga berjaya memenangi hanya 17 bukan 25. Apa bila 8 calon DAP yang selama ini sinonim dengan undi Cina gagal mempertahankan kemenangan mereka. Jadi Warisan jangan syok sendiri hakikatnya kamu semakin lemah dan lemah dari 29 kerusi pada pilihan raya negeri 2020 tinggal 17 kerusi.
Itu bererti jangkaan Warisan hanya mampu memenangi sekitar 15 hingga 17 kerusi pada pilihan raya ke 17 menepati sasaran.
Dipercayai antara faktor kaum Cina mengalihkan sokongan ke parti Warisan kerana DAP gagal membela nasib mereka seperti bangsa lain dan parti yang mereka sokong. Kononnya!
Apa lagi Presiden Warisan menawarkan bulan bintang dimana jawatan Menteri Kewangan akan diberikan kepada kaum Cina jika Warisan membentuk kerajaan. Janji yang telah merangsang taiko taiko berpengaruh dikalangan masyarakat Cina untuk menyokong Warisan. Ini peluang untuk menguasai pentadbiran Sabah.
Walhal kerajaan GRS telah memberikan pelbagai bantuan pada kaum Cina termasuk mengiktiraf UEC.
Dari konteks kaum lain yang menyokong Warisan terutama Bajau, Suluk dan Bugis serta Brunei. Faktor apa agaknya yang menyebabkan mereka mengundi calon Warisan. Antara sebab kecil yang aku boleh nyatakan disini supaya tampak lain dan tidak panjang. Mengikut pandangan masyarakat marhaen ialah:
- Saya dikhabarkan secara langsung oleh pengundi Warisan bahwa mereka ditakut takutkan dimana jika mereka mengundi GRS maka kampung mereka dirobohkan. Malangnya ada yang percaya, sepatutnya mereka persoalkan, tapi kenapa semasa kerajaan Warisan Kampung Simunul di Semporna dirobohkan. Begitu pula berita kampung Air akan dirobohkan. Kenapa wakil rakyat Warisan atau Shafie Apdal tidak bersuara untuk membela nasib mereka agar kampung berkenaan tidak dirobohkan. Tapi namanya masyarakat otak udang atau bodoh sampai mati pun akan menjadi mangsa kepimpinan Warisan yang bodoh dan tidak bertanggungjawab paling bahawa legasi pengkhianat orang miskin.
- Aku menerima rakaman video yang menunjukkan seawal pagi hari pembuangan undi. Berbaris pengundu Warisan dihadapan satu premis bagi mendapatkan habuan masing masing. Membuktikan antara faktor utama calon Warisan mendapat kemenangan ialah politik wang. Mereka sedar tanpa wang sukar mendapatkan kemenangan memandangkan Warisan adalah pembangkang yang tiada jasa pada pengundi.
- Calon GRS di kubo Warisan tidak bersungguh sungguh. Bila dana pilihan raya tidak digunakan untuk memancing undi menyebabkan ramai beralih mengundi calon Warisan.
- Sabotaj sesama pemimpin dan penyokong GRS, ini juga menjadi faktor kepada kemenangan Warisan terutama di Semporna.
- Dari konteks KDMR mereka percaya tanah di Sabah akan diberikan pada mereka, bangsa lain hanya menggigit jari. Mereka ingat bangsa lain suka sangat pada KDMR walaupun mereka juga menyokong Warisan. Bodoh punya cita cita.
- Macam cerita sebelum ini akan kononnya diberikan mykad projek. Walhal mereka tidak tahu Presiden Warisan Shafie Apdal ketakutan hingga mengheret aku ke Mahkamah, berhubung satu artikel di blog ini. Membuktikan Shafie sedar takat mana kuasanya walaupun ketika itu dia berjawatan Ketua Menteri Sabah. Mustahil dia sanggup masuk penjara hanya kerana pengundi yang mudah lupa diri.
- Janji kosong tempoh pegangan geran tanah akan dipanjangkan atau dihapuskan ini juga menjadi cita cita pengundi Warisan. Mereka lupa tiada siapa yang boleh mengatasi perlembagaan negeri.
Yang aku ingin tahu ni, apa selepas ini nasib masyarakat di DUN DUN yang dikuasai Warisan, adakah mereka akan mendapat pembelaan dari wakil rakyat Warisan itu sendiri? paling tidak bersuara tegas mempertahankan hak orang kampung hingga berjaya?
Ingat ah macai bodoh Warisan, bersuara hingga berjaya. Bukan hanya menyalahkan kerajaan negeri. Kalau ini pun gagal, memang kamu ayam matilah, waktu kecik tidak mampus sudah besar menyusahkan orang lain.






















Leave a Reply