Shafie Janji 1 Tahun Selesai Isu Air Hakikatnya Kerajaan GRS Yang Buat πŸ˜…

Shafie seperti biasa bila berucap  dihadapan penyokongnya yang tidak tahu apa apa.

Maka apa yang dia lakukan,Β  mendakwaΒ  kerajaan GRS tidak melakukan apa apa berkenaan isu air. Lalu si Shafie berjanji akan menyelesaikannya hanya dalam tempoh satu tahun.Β 

Hakikatnya kerajaan GRS yang diketuai Datuk Hajiji Noor sedang dalam proses menambah baik dan membina loji air dan empangan  berskala besar yang akan menyelesaikan gangguan air secara total. Seperti mana entri Facebook Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor, bahwa.

Ada yang cerita kononnya boleh selesaikan isu air dalam masa setahun saja, yang juga bermaksud pada tahun 2026 boleh diselesaikan.

Saya fikir mungkin yang dimaksudkan adalah antara penyelesaian yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan GRS selama ini. Mari saya bantu jelaskan antara beberapa projek bagi menyelesaikan isu air dalam jangka masa pendek dan panjang yang dilakukan oleh Kerajaan GRS:

  1. Loji Rawatan Air Kogopon II Papar yang dijangka siap pada 2026.
  2. ⁠Empangan Cinta Mata Tawau yang dijangkakan siap Julai 2026.
  3. ⁠Loji Rawatan Air Telibong II Fasa II yang telah siap.
  4. Empangan Hidro Ulu Padas dan Skim Bekalan Air Ulu Padas yang dijangkakan siap pada 2030 (Penyelesaian jangka panjang dengan kapasiti 6,000 MLD).
  5. ⁠Sistem Bekalan Air Luar Bandar Pitas yang hampir siap.
  6. ⁠Menaiktaraf Sistem 5 Buah Tangki Simpanan Sandakan yang dijangka siap 2026.
  7. ⁠Sistem Bekalan Air Luar Bandar Lahad Datu yang dijangkakan siap 2026.
  8. ⁠Bekalan Air Luar Bandar Sistem Retikulasi Semporna yang dijangkakan siap 2026.
  9. ⁠Projek Muka Sauk LRA Limbahau yang baharu, dijangkakan siap 2027.
  10. ⁠LRA Banggi dijangkakan siap 2028/2029.

Ada yang petik nama saya setiap hari kenapa lambat siap, tapi kami tiada kayu sakti buat hari ini esok terus siap. Namun begitu saya senaraikan antara sebahagian projek air yang sudah siap untuk tatapan semua:

  1. Menaik Taraf LRA Simoangan Kota Marudu – Siap Mac 2023.
  2. ⁠Projek LRA Kundasang – Siap November 2023.
  3. ⁠UWSS LRA Telibong I – Siap Januari 2023.
  4. ⁠UWSS LRA Telibong II – Siap Februari 2024.
  5. ⁠UWSS LRA Kasigui – Siap Ogos 2025.
  6. ⁠LRA Beaufort II – Siap 2021
  7. ⁠BALB LRA Dewata Lahad Datu – Siap 2024.
  8. ⁠LRA Semporna – Siap 2021.
  9. ⁠LRA Apin – Apin Keningau – Siap 2022.
  10. ⁠Loji Rawatan Air Ulu Mamut Ranau – Siap 2025.
  11. ⁠Naiktaraf Loji Rawatan Air Kasigui – Siap 2025

Ini antara penyelesaian yang sudah siap dan sedang dilaksanakan tidak termasuk beberapa lagi dalam perancangan dan akan mula dilaksanakan.

Jadi kalau ada individu yang berulang-ulang meratib boleh selesaikan masalah air dalam masa setahun tu, mungkin ini yang dimaksudkan beliau.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from jalinluin.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading