Khairuddin Daud, Kau Ingat Sabah Ini Bapa Kau Punya Kah? (Video)

Kalau anda orang biasa dan ada gelar pemimpin dan bercita menjadi  wakil rakyat. Nah jangan kamu ikut kemoronan si Khairuddin Daud.

Bukan kah orang bijak pandai pernah berpesan. Bahwa belajar dulu adab sebelum ilmu, kerana   ilmu semata mata belum tentu membentuk adab. Menunjukkan betapa bernilainya adab.

Jadi kalau namanya si Khairuddin Daud, haramkan orang ini mendapat gelar pemimpin di Sabah. Pui!

Sebelum ini si Khairuddin Daud dalam majlis politik Warisan. Telah mengeluarkan kata kata kesat terhadap Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor. Bukan hanya kesat tapi terlalu biadab, macam orang yang baru bertamadun di negara orang.

Begini lebih kurang pernyataan mangkuk Khairuddin Daud. Sabah ini macam milik bapa Datuk Hajiji Noor bilamana tunggu mimpi baru DUN di bubarkan.

Yang si Khairuddin Daud pula, kau berkata nista begitu, apa kau ingat Sabah ini bapa kau punya kah? apa hak keluargamu dengan bumi bertuah Sabah.

Orang lain juga ada jawatan dalam parti walaupun sebagai pembangkang dan terdesak tapi masih sedar diri dan sentiasa menjaga adab lagi terhadap Ketua Menteri Sabah. Astaghfirullah!

Tempoh DUN hanya berakhir pada November tahun ini, pun begitu bila bila masa Ketua Menteri  boleh membubarkan DUN Sabah.

Jadi apa salahnya bagi  seorang Ketua Menteri memberi alasan menunggu mimpi sebagai petunjuk sebelum membuat keputusan yang ada kaitannya dengan negeri dan rakyat Sabah. Malah dalam Islam, usai menunaikan solat hajat petunjuk boleh hadir dalam bentuk mimpi yang dikenali sebagai “ru’ya as-sadiqah” — mimpi yang datang daripada Allah sebagai petanda atau panduan kepada seseorang.

Bukan macam Shafie tidak berfikir panjang tetap  melangsungkan ilihan raya negeri 2020, walaupun rakyat Sabah berhadapan dengan ancaman Covid-19. Walhal sewajarnya Shafie menyerahkan jawatan Ketua Menteri kepada Datuk Hajiji Noor secara terhormat, memandangkan dia  tidak lagi mendapat sokongan majorit Adun.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑