
Aku mau jadi saksi atas pengakuan Presiden UMNO, Zahid Hamidi bahwa dia lebih hebat dari Malaikat.
Setakat ini sudah dua pemimpin Islam yang sangup meremahkan Tauhid kepada yang esa. Selain Zahid Hamidi, Presiden Warisan, Shafie Apdal juga pernah mendakwa bahwa semua agama adalah sama. Katanya lagi dalam satu majlis politik Warisan, bahwa tidak ada masalah berkongsi periuk dengan orang yang masak babi
“Hebat” memang pemimpin UMNO dan Warisan. Sanggup meremehkan Tuhan yang mencipta makhluk semesta alam daripada kehilangan undi. Tapi yang aku nampak sokongan rakyat Sabah ke atas UMNO dan Warisan semakin hari ini, semakin hilang.
Tamak kuasa punya pasal sanggup berkata nista. Mereka lupa tidak berlaku satu satu perkara tanpa izin Allah.
Malaikat adalah makhluk Allah yang paling setia dan patuh. Tidak pernah melakukan dosa dan sentiasa beribadah kepada Allah.
Malaikat selalu melaksanakan tugas yang diberikan Allah dengan sempurna. Lalu bagaimana Malaikat yang selalu melakukan kerja dengan sempurna tidak mampu memikul tanggungjawab sebagai Presiden UMNO. Gila kamu penyokong UMNO oiii!
Sekali jak Malaikat meludah UMNO terus seisinya macam nasib kaum Tubba. Pui!
Sebelum ini dalam perhimpunan membela rakyat Palestin. Zahid dengan penuh semangat melaungkan “hidup israel” membuat mereka yang hadir tercengang, ada yang cuba membetulkan laungannya tapi agak lama sebelum di sedari si Zahid Hamidi.
Tapi menurut penyokong UMNO, Zahid terkhilaf. Agak Ok, alasan boleh diterima selagi tidak membabitkan akidah.
Tapi ucapan Zahid Hamidi, dia lebih hebat dari Malaikat, ini sukar diterima oleh telinga.
Allah uji sedikit saja dah lari. Itu belum 47 pertuduhan, itu belum dibekukan harta UMNO, itu belum dirampas harta UMNO. Ketika itu saya diuji, semua orang diuji,
Ditakdirkan jika Allah Taala, memerintahkan Malaikat untuk menjadi Presiden UMNO, Malaikat pun lari malam tapi tidak Zahid Hamidi.
Yang sedihnya kenyataan Zahid lebih hebat dari Malaikat mendapat tepukan gemeruh dan gelak ketawa dari ahli UMNO yang hadir ketika itu.
Aku percaya jika tidak ada pihak yang mempersoal kehebatan Zahid berbanding Malaikat. Zahid dan penyokong tidak tahu mereka telah meremehkan Tuhan.
Mengikut Zahid dan penyokong UMNO ia juga ucapan yang terkhilaf.
Berapa kali terkhilaf dah kau Zahid Hamidi, macam pula orang yang tiada didikan agama langsung.
Jangan main main menjaga akidah adalah kerja yang susah. Terdetik dalam hati pun sudah boleh dikira telah meremehkan Allah. Inikan terlahir melalui ucapan.
Sendiri mau ingatlah, Zahid dan Shafie nekad kerana kuasa tapi akhirnya juga akan mati. Kamu yang bersetuju dan masih hidup, kamu dapat habuan apa dari Tuhan?
Makanya ramai yang berkeyakinan UMNO dan Warisan tinggal menunggu masa untuk di kapan kan di Sabah.
Pokoknya kali ini adalah soal Sabahan Vs Warisan UMNO.





















Leave a Reply