Muhyiddin Yassin Tidak Merasa Jawatan Perdana Menteri Jika Tidak Berlaku Khianat

Bila bekas Perdana Menteri Malaysia bercakap persis orang yang tidak berjiwa besar dan sebenarnya tidak mengenang budi.

Muhyiddin mengungkit kedudukan Datuk Hajiji Noor selaku Ketua Menteri Sabah tapi dia lupa jasa ahli ahli-ahli Parlimen Sabah dan undi orang orang Sabah.

Tanpa sokongan Ahli Parlimen daripada PN Sabah ketika itu kempenun dia merasa jawatan Perdana Menteri Malaysia.

Justeru jangan Muhyiddin lupa, dia sedang  bercakap soal politik dan dalam politik tidak ada yang mustahil, apa lagi jika ketuanya sombong bodoh dan tolol mencatur pergolakan.

Dalam politik tidak ada yang mustahil. Termasuk perlantikannya sebagai Perdana Menteri Malaysia menggantikan Tun Dr Mahathir. Aku percaya sehingga saat ini, tidak ada rakyat Malaysia yang terfikir kalau selepas pilihan raya umum 2018, Muhyiddin akan dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Bukan apa, sehingga saat itu Muhyiddin adalah pemimpin Melayu yang paling tidak popular di Malaysia. Orang ramai ketika itu bercakap pasal dana Bistari yang didakwa telah diseleweng oleh Muhyiddin dan pengkhiatannya terhadap UMNO serta  kesombongannya selaku pemimpin.

Jika Muhyiddin tidak mengkhianati Tun Dr Mahathir dan mengajak  beberapa Ahli Parlimen  PKR meninggalkan PH. Maka kempenun dia merasa jawatan Perdana Menteri Malaysia. Tidak dia merasa berjalan sambil tangan tersembunyi di belakang, lagaknya cicak yang baru merasa nasi sejuk. 

Makanya era Muhyiddin sebagai Perdana Menteri juga dikenali sebagai kerajaan tebuk atap melalui Langkah Seraton. 

Apa berlaku ketika itu;

1. 24 Februari 2020 – Tun Dr. Mahathir Letak Jawatan

Tun Dr. Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ke-7 dan juga sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

BERSATU mengumumkan keluar dari gabungan Pakatan Harapan.

Seramai 11 Ahli Parlimen PKR, termasuk Azmin Ali, keluar parti dan menyokong Muhyiddin selaku ketua Bersatu yang juga ketua pengkhianat.

Terdapat kekeliruan mengenai siapa yang mempunyai majoriti – Anwar Ibrahim, Muhyiddin Yassin, atau Mahathir sendiri.

Muhyiddin akhirnya dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 8 atas  sokongan PAS, UMNO, GPS, 11 bekas Ahli Parlimen PKR serta  PN/GRS Sabah.

Namun tidak bertahan setelah Presiden UMNO menarik sokongan  menyebabkan Ismail Sabri dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 9.

Pada pilihan raya 2022 PN tidak mendapat sample majoriti. Sekali lagi terjadi percaturan politik bagi membolehkan Perdana Menteri Malaysia baharu dilantik. Namun Muhyiddin kalah kepada kelicikan  Presiden UMNO, Zahid Hamidi

Semalam Muhyiddin pada siri jelajah PN ke Sabah, menyalahkan Datuk Hajiji Noor kerana meninggalkan PN. Walhal ia akibat ketololan dan kekalahan Muhyiddin mencatur SD melawan UMNO. Memaksa PN Sabah membuat pendirian baharu supaya Perdana Menteri baharu dapat dilantik.

Seperkara yang wajib diketahui oleh Muhyiddin Yassin supaya selepas ini jangan lagi celupar dan syok budiman di Sabah.

Kemenangan Datuk Hajiji Noor dan beberapa lagi Adun PGRS  setiap kali pilihan raya, adalah disebabkan faktor kredibiliti mereka sebagai wakil rakyat atau calon. Bukan atas tiket PN yang baru  berumur tahun jagung.

Ahhh kali ini pada pilihan raya negeri Sabah akan datang, sebagai Sabahan kita tong sampah kan semua calon PN.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑