
Kita mesti jelaskan kedudukan sebenar dakwaan si Junz Wong dan si Suhaimi Nasir.
Kita follow jak walaupun banyak dakwaan mereka sebelum ini terbukti bohong atau sekadar propaganda.
Orang lain juga membangkang tapi tidak semua perkara yang dibuat kerajaan salah di mata mereka. Macam si Junz Wong dan si Suhaimi Nasir ini. Pui!
Semalam si Junz Wong dan si Suhaimi berlagak ekonomis kononnya eksport Sabah pada 2024 teruk berbanding tahun 2023. Tapi mereka tidak membuktikannya secara detail.
Naib Presiden Warisan, Junz Wong menyifatkan kejatuhan import sebagai penurunan keyakinan pelabur dan aktiviti ekonomi yang membimbangkan.
Ketua Penerangan Umno Sabah Suhaimi Nasir pula mendakwa penurunan RM57.23 bilion dalam import dan RM59.26 bilion dalam eksport menjadikan Sabah satu-satunya negeri dengan kemerosotan perdagangan ketara. Beliau menyifatkannya sebagai kemelesetan ekonomi.
Namun ada individu tampil dan menafikannya.
Bahwa seperti yang dilaporkan DOMS, mendapati ada lonjakan eksport pada 2023 yang berpunca dari satu transaksi luar biasa atau dipanggil anomalies. Tanpa transaksi itu jumlah eksport tahun 2023 adalah normal, seperti penjelasan berikut:
Sekiranya angka anomalies tidak diambil kira maka eksport sebenar Sabah tahun 2023 adalah RM31.08 bilion.
Manakala eksport Sabah pada tahun 2024 berjumlah RM32.07, peningkatan sebanyak 3.2%.
Pada tahun 2022 harga minyak mentah mencecah USD120 setong dan minyak sawit pada tahap yang paling tinggi sehingga RM7 ribu. Itupun Sabah hanya mencatatkan eksport sebanyak RM61.5 bilion.
Pada tahun 2023 nilai eksport menurun kepada RM32.07 ia disebabkan harga minya mentah setong menurun menjadi US70, manakala harga minyak sawit turun sehingga 20%.
Kesimpulannya sekali lagi pembangkang terbukti bohong. Tujuan mereka mengkritik kerajaan Sabah bukan untuk membaiki keadaan tapi untuk mengelirukan rakyat Sabah.





















Leave a Reply