
Mungkin ramai yang belum tahu pasal semalam di sidang DUN ke dua penggal ke lima. Sidang DUN terakhir sebelum DUN dibubarkan.
Dimana Adun Lamag, Bung Mokhtar bertanyakan soalan berhubung rumah SMJ. Tapi dalam masa yang sama membuat tuduhan yang tidak berasas terhadap kerajaan negeri.
Bung mendakwa kononnya terdapat 23 buah rumah SMJ di DUN Sukai terbengkalai. Bung Mokhtar juga menuduh kerajaan negeri hanya memberikan rumah SMJ kepada penyokong kerajaan negeri. Justeru konon pertanyaan besarnya, kemana peruntukan rumah SMJ dibelanjakan.
Suka admin/aku ingatkan bantuan rumah SMJ adalah kebijaksanaan kerajaan negeri GRS dalam usaha membantu rakyat Sabah. Jadinya jika ingin bantuan ini berterusan, pastikan kerajaan GRS kekal memerintah usai pilihan raya negeri ke 17 akan datang.
Ingat, kali ini rakyat Sabah adalah soal Sabahan melawan parti UMNO dan Warisan.
Tidak menunggu lama pertanyaan dan tuduhan Adun Lamag itu dijawab oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Sukau, Juslee Arpaih hingga Bung Mokhtar kantoi membuat tuduhan bohong atau satu lagi pembohongan pembangkang yang tidak berkesudahan, seperti keterangan berikut;
Sy pagi tadi mengikuti perbahasan di DUN melalui laman sosial mengenai Rumah SMJ di Dun Sukau yang mana telah dibangkitkan oleh YB Adun Lamag dimana YB ini telah menyatakan bahawa Rumah SMJ di Dun Sukau telah terbengkalai sebanyak 23 buah rumah daripada 40 buah rumah. Disini saya ingin menyangkal dakwaan ini dimana dalam siri lawatan pada bulan jun mendapati rumah SMJ yg telah dicadang untuk Dun N.59 Sukau telah siap:
– 36 unit (100% Siap)
– 2 Unit (dalam proses untuk siap)
– 2 Unit (telah ditangguhkan oleh pihak Pejabat Daerah atas masalah tapak rumah) – Sila Rujuk Pejabat Daerah.
Saya juga menyangkal ucapan Yang Berhormat dimana rumah SMJ ini hanya dikhususkan kepada penyokong parti kerajaan. Untuk makluman Yang Berhormat Adun, daripada 40 penerima Rumah SMJ ini, 15 orang penerima Rumah SMJ ini adalah PENYOKONG TEGAR Barisan Nasional.





















Leave a Reply