Bayangkan Andai Tragis Bas Menyebabkan 15 Pelajar UPSI Terkorban Terjadi Di Sabah, Apa Agaknya Fitnah Pembangkang

Kemalangan maut berlaku pada 09 June 2025 membabitkan sebuah bas dinaiki pelajar dan Perodua Alza di Jalan Raya Timur Barat berhampiran Tasik Banding, Gerik Perak. Kemalangan menyebabkan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI terkorban.

Bayangkan andai kemalangan berkenaan berlaku di Jalan Raya Telupid Sabah yang tidak dibaiki oleh kerajaan Warisan dan semasa Bung Mokhtar sebagai Menteri JKR Sabah. (Keadaan Jalan Raya Telupid semasa diwarisi dari kerajaan Warisan sangat teruk hingga disamakan dengan keadaan bulan oleh pemandu pemandu lori sawit. Walhal lori lori membawa lebih muatan adalah penyumbang utama kepada kerosakan jalan raya berkenaan. Hahaha)

Kamu akan mendengar pelbagai kritikan, fitnah dan pembohongan dari pembangkang Warisan dan UMNO yang tidak logik ke atas kepimpinan kerajaan negeri Sabah. Walhal Jalan Raya itu dibawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan, namanya juga jalan persekutuan.

Sebab itu susulan kemalangan tragis berkenaan pembangkang di Semenanjung hanya menyalahkan Menteri Persekutuan. Kementerian Pengangkutan dan Kementerian JKR. Bukan yang selama ini dilakukan oleh pemimpin dan penyokong Warisan dan UMNO menyalahkan kerajaan negeri secara total.

Aku tulis ni supaya dimasa akan datang, jangan lagi ada rakyat Sabah yang terpengaruh pada kritikan pemimpin Warisan dan UMNO ke atas keadaan Jalan Raya Persekutuan di Sabah yang mendakwa kononnya dibawah tanggungjawab kerajaan negeri atau Ketua Menteri Sabah semata mata.

Jangan lagi kamu dengar kritikan tidak masuk akal pembangkang UMNO dan Warisan, seolah-olah persoalan letrik, air dan jalan raya tidak ada penambah baikan. Kalau bukan kerajaan GRS yang memerintah hari ini, percayalah keadaan Sabah akan lebih teruk.

Itu isu air, letrik dan jalan raya sebenarnya diwarisi dari kerajaan Warisan yang gagal diselesaikan. Tapi sempat pula menukar syarikat konsesi air kepada syariah milik kroni kepimpinan Warisan sehingga hari ini.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading