Akibat Tamak dan Jahat, Warisan Sebatang Kara Hadapi Pilihan Raya

Orang tamak dan jahat selalu rugi. Itulah gambaran yang sesuai dibagi pada kepimpinan Warisan.

Akibat tidak matang dan busuk hati dalam politik, Shafie salah pai; menidakkan Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri  menggantikan Dr Mahathir. Menyebabkan Warisan menjadi pembangkang dibawah kerajaan Muhyiddin.

Ada sebab lain kenapa Shafie tidak menyokong Muhyiddin. Pertama enggan menerima kepimpinan Datuk Hajiji Noor dalam kerajaan ketika itu. Kedua terpedaya namanya akan disebut sebagai calon Perdana Menteri Malaysia menggantikan Tun Dr Mahathir, kerna itu  juga dia tidak menyokong nama Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri.

Kiranya tidak menghairankan, andai Perdana Menteri Anwar bersikap dingin terhadap kepimpinan Warisan. Apa lagi sering kepimpinan Warisan sengaja mempersoal pentadbiran kerajaan seolah-olah tidak menjalankan tanggungjawab.

Tidak ada pemimpin parti yang ingin bekerjasama dengan parti Warisan termasuk UMNO. Walaupun Shafie dan  Bung Mokhtar pernah berpakat cuba merampas jawatan Ketua Menteri Sabah dari kerajaan GRS.

Justeru itu rakyat Sabah wajib tahu dan fahami kenapa parti Warisan bertanding solo. Bukan kerana faktor parti tempatan yang sinonim dengan hak hak Sabah, tapi tidak ada pemimpn yang ingin berkawan dengan kepimpinan parti Warisan. Mereka ada pengalaman selaku pemimpin, jadi sudah pastilah mereka mengetahui dan faham sikap sebenar kepimpinan Presiden Warisan.

Susah kan kalau sudah diketahui semua orang, kau jenis orang atau puak macam mana.

Jadi ambillah pengajaran jangan jenis menghalalkan cara asalkan nampak macam orang kaya. Hahaha!

Warisan bertanding Solo, Tidak Bermakna Parti Tempatan, Berapa Kali Parti Tempatan Dah!

Perdana Menteri Anwar Ibrahim, usai  merasmikan program rakyat di Tawau. Menyatakan dengan jelas;

Bahwa GRS, PH dan UMNO akan bekerjasama bagi menghadapi pilihan raya negeri Sabah. Nama parti Warisan tidak disebut dalam kerjasama itu.

Akibat sikap tamak dan jahat politik, kini parti Warisan sebatang kara. Tidak seperti yang didakwa pembangkang kononnya Warisan yang tidak mahu bekerjasama dengan GRS.

One thought on “Akibat Tamak dan Jahat, Warisan Sebatang Kara Hadapi Pilihan Raya

Add yours

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from jalinluin.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading