Aku Di Kempen Laskar Warisan Secara Empat Mata – Memang Kaki Kelentong

Hiasan semata mata

Saya ingat di medsos saja laskar Warisan berbohong; dalam usaha mereka mendapatkan sokongan. Rupanya di dunia nyata pun sama. Allahuakbar!

Ini baru saya mau cerita ni.

Dua minggu lepas di KK saya singgah di satu restoran sekitar jam 10 malam.

Saya duduk  bersebelahan dengan dua individu.

Lalu saya sapah mereka, sedap mee tu bro; Dua dua tersenyum.

Tidak lama dia tunjuk pocket camera yang saya pakai. Ya  betul camera ni bro, tapi sudah off atau habis bateri sebelum saya ke sini, balasku. Sekali lagi dia tersenyum.

Tiba tiba dia bercakap pasal politik Sabah dan mendakwa dia dan keluarganya menyokong Warisan.

Orang Sabah di Semenanjung pun menyokong Warisan, bro.

Saya tanya kenapa?, sebab kononnya Warisan memperjuangkan hak hak Sabah.

Hati saya bertanya. Siapa orang Sabah tu? Hahaha!. Mulai aku rasa yang individu tu kaki kelentong.

Saya tanya lagi kamu dari daerah mana.  Tuaran balasnya. Tapi berdasaran logatnya persis Bajau dari pantai timur Sabah.

Saya tanya lagi, kenapa menyokong Warisan? sebab katanya tiada pilihan. Warisan parti tempatan dan menuntut perjanjian Malaysia 1963.

Lagu lama, propaganda Warisan yang gagal ditunaikan. 

Tapi kataku  GRS juga parti  tempatan dan menuntut perjanjian Malaysia 1963.

Tidak katanya GRS terdiri ada parti Semenanjung.

Parti apa balas ku. Buat dia terdiam seketika. “Ada”  katanya. Hahaha. Nampak sangat temberangnya.

Tambahnya lagi. “Kerajaan  Warisan berjaya menuntut 17 perkara”. Terus saya terkejut.

Dari mana  17 perkara itu, kenapa  kalau kita Google tidak muncul?   

Terus dia cakap jangan percaya Google tu. Hahaha!

Mengikut ceritanya dia sedang bercuti dan bekerja di Jabatan Kesihatan, di Semenanjung. Dulu konok dia menyokong GRS. 

Termenung aku, GRS baru mau sepenggal. Sejak bila dia undi GRS? nampak sangat mengelentong. Hahaha!

Semporna konok maju, sebab itu banyak pelancong. Saya kata kerajaan negeri yang menarik pelancong bukan Warisan.  Terdiam seketika tapi tetap menegakkan benang basah  dengan menggelengkan kepala.

Di Tawau konok kakaknya di tolong oleh YB Warisan. Dibayarkan bil hospital dan ditolong lagi mengurus bantuan. Kakaknya tinggal di Apas.

Siapa kok Yb Apas tu bukan GRS kah? Hahaha. Dia berusaha  mengelentong habis saya. Hahaha!

Saya kata, kakakmu tu baru seorang, beribu lagi yang di tolong oleh YB Apas tapi kau tidak tau. Hahaha!

Ok lah bro. Saya pula sudah berjanji tidak akan menyokong Warisan aka Shafie. Saya berlagak pernah mengundi Warisan. Terus berubah air mukanya.

Dia tanya kenapa? sudah saya alami dan ternyata kerajaan Warisan gagal. Habis bangsa orang di jual  tapi hakikatnya rasis. Bangsa bangsa berkenaan saja yang tidak sedar kalau mereka dipinggirkan.

Di Semporna  apa yang ada?  dari Kampung Salamat dan seterusnya, apa yang ada? sedangkan Shafie  bekas Menteri KKLW dan Ketua Menteri. 

Itu Pekan Semporna yang dia dakwa maju. Bukan kerana usaha kepimpinan Shafie pun.

Janji membina semula rumah mangsa kebakaran di Sandakan dan Semporna sampai kerajaan Warisan tumbang; tidak ada yang ditunggu.

Tapi bab membagi projek gajah putih pada kerabat dan kroni; rancak dan laju pula prosesnya.

Tiada satu pun kampung di Sabah khasnya, umumnya Sabah di wartakan oleh Shafie. Berbanding kerajaan GRS,  di Tawau dan pantai barat.

Sengaja saya tanya. Si Darell sokong PTI kah? “iya Darell sokong tu, saya pernah dengar ucapannya”

Saya tanya balik tapi kenapa tidak ada di medsos. “Saya dengar di TV” balasnya. Hahaha!

Sebelum saya berdiri dan meninggalkan mereka. Sempat saya tegaskan. Apapun ceritanya; Warisan tidak akan menang dan menjadi kerajaan pada pilihan raya negeri  akan datang.

Terus saya keluar meninggalkan mereka, sebelum itu saya jabat tangannya.

Moralnya, kalau kamu penyokong GRS; bekerjalah tanpa mengira masa dan tenaga. Kamu tengok penyokong  Warisan, tidak mengira tempat dan masa; main cakap saja walaupun nampak bodoh.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading