Dalam PKR Sabah bercakap soal tuduhan rasuah di Sabah baru ini yang didalangi si Albert Lie dan bos besarnya siapa lagi kalau bukan pemimpin UMNO, Warisan pun ada bahagian tu, secara tidak langsung.
Bahwa KEADILAN berpegang pada prinsip rule of law. Sebab itulah PKR meminta SPRM untuk menjalankan siasatan.
Menurut mereka, jika rakyat Sabah benar benar ingin mengurangkan rasuah dan salahguna kuasa maka orang pertama yang harus diajar dan dipertanggungjawabkan sehingga hari ini ialah Presiden Warisan Shafie Apdal.
Satu ketika pembangkang Semenanjung juga pernah mendakwa bahawa musuh utama orang Sabah adalah Shafie apa bila menyeleweng peruntukan Kementerian KKLW yang sepatutnya digunakan untuk menyediakan frasarana asas luar bandar.
Dibawah kenyataan penuh Ketua Penerangan KEADILAN Sabah.
Ketirisan dan kerosakan amalan urustadbir yang berlaku banyak memberi kesan negatif sehingga menafikan kemajuan buat rakyat Sabah. Sebagai contoh, ketirisan sehingga RM1.5 bilion yang dipercayai berlaku ketika Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) ditadbir oleh Ahli Parlimen Semporna, Shafie Apdal pada 2009-2015. Ketirisan dengan jumlah yang sangat besar ini mengakibatkan banyak projek pembangunan infrastruktur rakyat tidak berfungsi. Ini termasuk projek jalanraya, bekalan elektrik dan bekalan air termasuk Projek pembinaan sebuah loji air bernilai RM45 juta di Semporna yang menjadi projek ‘gajah putih’.
Rasuah dalam pentadbiran yang melibatkan penjawat awam dan ahli politik memang sukar dihapuskan walau berkali tukar kerajaan kerana sudah mengakar sejak oentadbiran lalu, namun perbezaan yang dapat dilihat adalah di bawah kerajaan Madani kita tidak berkompromi terhadap individu yang melakukan rasuah serta salahguna kuasa. Berbeza dengan pentadbiran kerajaan terdahulu, hari ini semua pihak termasuk ahli politik akan disiasat dan diambil tindakan.






















Leave a Reply