Tuduhan “Rasuah” Sabah, Laporan SPRM Terhadap Mantan CEO SMM 


Difahamkan satu laporan telah dibuat ke atas Jontih Enggihon, mantan Ketua Pegawai Eksekutif, Sabah Mineral Management (SMM) Sdn Bhd.

Sumber memetik bahawa laporan itu melibatkan kes penyalahgunaan kuasa beliau semasa berkhidmat di SMM termasuk hubungan rapat beliau membantu seorang ‘broker mineral’ dari Semenanjung Malaysia.

Hubungan mereka telah terjalin sekian lama sejak Jontih berkhidmat di Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) di beberapa tempat di Semenanjung Malaysia.

‘Broker mineral’ tersebut telah lama menjalankan aktiviti ‘orang tengah’ di beberapa negeri untuk ekplorasi mineral galian yang didakwa turut melibatkan isu rasuah dan salah laku.

Menurut sumber terbabit, sebaik Sabah memulakan agenda ekplorasi dengan menubuhkan SMM beberapa tahun lalu, Jontih yang dilantik sebagai CEO telah berpakat dengan ‘broker mineral’ untuk menguasai kawasan-kawasan berpotensi di Sabah.

Pakatan kartel mereka yang melibatkan elemen rasuah, tipu daya dan peras ugut telah sampai kepada pengetahuan Ketua Menteri Sabah melalui satu laporan salah laku.

Atas sebab itu, kontrak perkhidmatan beliau tidak disambung yang menyebabkan beliau amat kecewa.

Penamatan kontrak tersebut juga telah membolehkan siasatan dalam dibuat yang mendapati unsur dan elemen pelanggaran tatakelola dan salah guna kuasa dan memastikan syarikat-syarikat berkepentingan mendapat prospecting licence (PL) di hampir 20 kawasan.

Demi melindungi salah laku, mereka telah mengguna pakai unsur ugutan termasuk rakaman-rakaman video yang telah dirancang sejak dari awal.

Mereka juga telah bekerjasma dengan parti politik tertentu untuk menggerakkan agenda mereka.

Difahamkan Ketua Menteri Sabah menolak untuk tunduk kepada peras ugut mereka yang telah dimulakan sejak beberapa bulan lalu.

Mereka cuba berlindung dengan menuntut perlindungan di bawah perundangan whistleblower dengan bertindak menjadi pemberi maklumat dengan matlamat agar kesalahan dan jenayah mereka dilindungi.

https://www.facebook.com/share/p/Y5yDypWc3dNtS35E/

One thought on “Tuduhan “Rasuah” Sabah, Laporan SPRM Terhadap Mantan CEO SMM 

Add yours

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading