Shafie Rai Kemenangan Donald Trump Astaga!

Warisan terhegeh-hegeh meraikan kemenangan Donald Trump setelah  mengalahkan calon Demokratik Kamala Harris untuk merebut jawatan Presiden Amerika Syarikat ke 47.

Kemenangan kedua Donald Trump selepas 2016.

Pertanyaannya kenapa Shafie meraikan kemenangan Donald Trump yang terkenal anti bekas pendatang alias perkauman? sebaliknya Kamala Harris yang berfahaman liberal seolah olah tidak dipandang. Warisan ni syok sendiri betullah.

Pada pilihan raya Amerika baru ini, majoriti rakyat bekas imigren tidak mengundi Donald Trump, terutama dari timur tengah dan China atau Asia.

Termasuk orang Sabah di Amerika pun tidak mengundi Donald Trump, hampir saya dapat pastikan

Lain ceritanya jika Perdana Menteri yang meraikannya, kerana kita maklum untuk  mengeratkan hubungan diplomatik. Tapi tetap menyuarakan hal hal yang tidak menguntungkan dari konteks Malaysia, jika ada.

Tapi ini setakat Presiden parti Warisan, pembangkang yang hilang taring, untuk apa? kalau pun terdesak  mencari populariti jangan sampai  lupa diri. Kalau sampai menjadi bahan ketawa masyarakat, tahan lah lagi. Tapi yang saya nampak sekarang, semakin ramai yang membenci Warisan kerana tidak sensitif.

Donald Trump  adalah  sekutu  israel yang sudah tentu menyokong serangan israel ke atas Gaza. Dalam satu wawancara sebelum ini kalau saya tidak silap. Donald berjanji akan terus membantu israel bagi mengakhiri peperangan melawan rakyat Palestin. 

Jadi pada penyokong Warisan yang memboikot produk israel, berehat kamu ternyata tanpa kamu sedari, kamu bersekongkol dengan mereka. Beringat kamu namanya di atas kesesatan sukar untuk dikenal pasti. Cara terbaik dari terus tersesat ialah meninggalkannya.

Sama ada  Presiden Warisan sedar atau tidak, surat itu membuktikan dalam diam  kepimpinan Warisan mengamalkan sentimen perkauman dan agama, dengan harapan akan ada rakyat Sabah yang senteng  menyokong mereka.

Sangat sangat benar dakwaan orang ramai bahwa Shafie Apdal jenis orang  yang menghalalkan cara, asalkan cita citanya tercapai.

Dalam agama Islam atau kehidupan,  kepimpinan seperti itu tidak boleh diberikan  sokongan, agar tidak  memudaratkan  masyarakat dan yang lebih parah merosakkan keharmonian beragama.

Sekarang kita tanya penyokong Warisan. Masih ada hati menyokong Warisan

Jadi apa pula pendirian bekas pendatang yang menyokong parti Warisan? tetap menyokong  walaupun sudah tahu  pihak Warisan anti pada bekas pendatang dan perkauman?. Nah dari kamu saja, tapi jangan terkejut kalau kamu menjadi mangsa keadaan.

Kemenangan Donald Trump disebabkan faktor rasis dimana penyokong Republikan mengetepikan keadilan dan kesaksamaa dalam bernegara, setelah percaya Amerika rosak kerana kehadiran bekas pendatang.

Sepatutnya tidak perlu rasis ada banyak lagi cara  dari mengelakkan bibit bibit perpecahan dikalangan rakyat. 

Sokongan isreal terhadap Donald Trump adalah juga faktor besar yang menyumbang kepada kemenangannya, selain rasis.

Make my word, selepas ini kejadian jenayah di Amerika akan lebih parah, kerana white supremacy akan bermaharahela.

Persidangan israel untuk melemahkan Islam di Malaysia

One thought on “Shafie Rai Kemenangan Donald Trump Astaga!

Add yours

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading