Panggil Budak Tadika Ajar Mawar Chanel Mengira Mana Banyak 600 Juta atau 53.4 Juta

Mawar Chanel sejak banyak kali  kantoi membohong. Hari ini page itu adalah soal kehabisan modal atau tidak ada akar rotan pun jadilah. 😂

Tapi banyak banyak kekantoian Page Mawar Chanel. Ada satu yang paling sadis dan amat amat memalukan iaitu pasal biasiswa kerajaan negeri Sabah, GRS. Dimana Mawar Chanel atau Aziz Jamman mendakwa peruntukan biasiswa Yayasan Sabah hanya untuk anak anak penyokong GRS.

Tidak menunggu lama, tersebar dokumen yang membuktikan  dua anak bekas Ahli Parlimen Sepanggar, Aziz Jamman, mendapat biasiswa kerajaan negeri. Setelah Aziz Jamman dan isterinya bertemu Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor bagi mendapatkan sokongan sekaligus kelulusan di bahagian biasiswa.

Benar benar posting biasiswa telah mengena batang hidung kepimpinan Warisan. Kenapa tidak siang malam pemimpin dan laskar mereka memburukkan kerajaan negeri Sabah dan kepimpinan GRS sebagai lemah dan kononya hanya mengutamakan kroni dan sebagainya. Tahu tahu bos mereka diam diam berurusan dengan Ketua Menteri. Lulus dan berjuta juta pula tu. 

Yang terbaru ini tidak lagi menuduh tapi fakta dan angka yang cuba dipolitikkan hanya memalukan diri mereka. Jujur saya katakan, budak tadika pun boleh kira mana yang lebih banyak. 😂

Posting terbaru Mawar Chanel, tidak berunsur  fitnah tapi membuat dakwaan yang tidak berasas dan tidak malu. Seolah olah rakyat Sabah buta huruf dan kerajaan Warisan berjaya menuntut MA63.

Hakikatnya kerajaan Warisan adalah kerajaan yang paling gagal sepanjang sejarah politik Sabah.

Gagal merealisasikan elemen dalam perjanjian Malaysia 1963 sedangkan merupakan manifesto utama Warisan sehingga saat ini. 

Sedangkan kerajaan GRS. Walaupun tuntutan hasil Sabah 40% belum di muktamadkan tapi berjaya menuntut RM600 juta setahun berbanding kerajaan Warisan hanya berjaya menuntut RM53.4 juta.

Mana yang lebih besar RM600 juta setahun atau ke RM53.4 juta setahun? Apapun alasannya RM53.4 juta tetap sedikit apa lagi jika dinisbahkan dengan pendapatan kerajaan negeri Warisan ketika itu yang mencecah 6 bilion. 

Tolong panggil budak tadika, suruh ajar laskar Warisan/Mawar Chanel macam mana mengira.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading