
Ada yang tidak bersetuju pada pandangan Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor sedangkan ia pandangan yang tepat. Bahwa Sabah belum boleh mengikut jejak Sarawak dimana kerajaan dibentuk hanya menggunakan gabungan parti parti tempatan.
Kalau PEMBANGKANG yang tidak bersetuju pada pandangan berkenaan, saya tidak hairan. Sebab kita sedar kepimpinan Shafie adalah pihak yang terdesak.
Mereka akan membuat dakwaan apa saja walaupun bertentangan dengan pendirian mereka sebelum ini. Awal kemunculan parti Warisan bertegas tidak akan menjalin kerjasama dengan parti parti dari Semenanjung tapi yang berlaku usai pilihan raya 2018, Shafie bersama PH dan beberapa Adun BN bersekongkol membentuk kerajaan negeri.
Walaupun sebelum itu bergema tolak BN atau calon BN, cukup cukuplah di Sabah.
Kurang itu Shafie Apdal pada pilihan raya negeri 2020 mengesyorkan calon DAP yang bertanding menggunakan logo parti Warisan.
Hari ini bila Ketua GRS menyatakan hasrat sebaliknya, bukan hanya pembangkang yang tidak bersetuju tapi juga segelintir pemimpin dan penyokong parti dalam GRS. Jadi jangan bodoh, jangan sampai Shafie mentertawakan kamu dari belakang.
Ingat balik taktik pembohongan yang telah dilakukan oleh Shafie Apdal semata mata untuk mendapatkan kuasa, seperti yang saya nyatakan diatas.
Seolah olah hanya Shafie yang boleh buat, orang lain tidak boleh. Jadi jangan terpedaya, Shafie itu pihak, nothing to lose.
Ada yang mendakwa Datuk Hajiji selaku Ketua Menteri Sabah takut kehilangan jawatan. Tidak ada yang takutkan takdir Tuhan. Cuma perlu diingat, untuk apa Shafie menyatakan sokongannya pada Anwar Ibrahim atau kerajaan Madani kalau dia sanggup jadi pembangkang? bagaimana pula dengan langkah Kinabalu, bukan kah untuk mendapatkan kuasa?
Langkah Kinabalu adalah komplot Shafie Apdal dan Bung Mokhtar dari UMNO/BN untuk merampas jawatan Ketua Menteri Sabah dari GRS.
Hari ini sekali lagi Shafie Apdal beretorik dengan parti tempatan. Hanya orang tolol yang terpedaya!
PAS itu kalau ada kerusi di Sabah, Shafie juga akan pancing untuk membentuk kerajaan. Kamu ingat apa?
Shafie itu adalah pemimpin politik yang tujuan politiknya adalah kuasa semata mata. Mana dia mau jadi pembangkang yang tidak dapat mengisi poketnya, seperti era KKLW dan baru ini Ketua Menteri dua lebih ketul.
Kepada beberapa pemimpin dan laskar GRS, kamu terutamanya jangan khayal. Apa yang penting adalah kuasa kalau tiada kuasa, kamu menyalak macam anjing gila pun tidak berguna. Yang kamu mampu lakukan ketika itu selain bersuara lantang, mata kamu menjadi juling kerana melihat satu satu menjadi milik orang yang tidak berkelayakan. Last last huru hara.






















Leave a Reply