Tolak Parti Nasional? Shafie Mungkin Sudah Gila

*KENYATAAN MEDIA*

*15 September 2024, Ahad*

*Tolak Parti Nasional? Shafie Mungkin Sudah Gila*

Kami mengambil maklum kenyataan Presiden Warisan, Shafie Apdal yang memberi amaran kepada rakyat Sabah untuk menolak parti nasional pada Pilihanraya Negeri akan datang. Amaran itu dikeluarkan beliau ketika berucap di hadapan Komuniti Cina di Tawau.

Mungkin Shafie sudah gila sehingga beliau tidak ingat beliau juga telah menjadikan parti Warisan sebagai parti nasional dan turut meletakkan calon di semenanjung dalam Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15)  lalu.

Shafie juga lupa beliau membesar dan berada di kedudukan beliau hari ini melalui parti nasional sejak 1995 di mana beliau mula menjadi Ahli Parlimen dan kemudian dilantik Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Timbalan Menteri Pertahanan, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta Menteri Perpaduan Kebudayaan Kesenian dan Warisan.

Pada 2018 juga beliau menjadi Ketua Menteri Sabah dengan sokongan dari parti nasional selepas gagal mengalahkan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Musa Aman.

Antara bukti bahawa beliau hanya mampu berjaya dengan sokongan parti nasional adalah apabila Warisan hanya memenangi tiga (3) kerusi Parlimen pada PRU15 yang lalu apabila bergerak secara solo. Dan beliau semakin gila selepas gagal mendapat sokongan ketika cubaan ‘kudeta’ kerajaan negeri Sabah pada awal tahun 2023.

Shafie seharusnya cermin diri sendiri sebelum menuding jari. Beliau sendiri gagal membantu menyelesaikan masalah infrastruktur asas terutama jalan raya, bekalan air dan elektrik ketika menjadi Menteri Persekutuan dan Ketua Menteri Sabah.

Kebencian apa lagi yang Shafie cuba tanam bagi meraih sokongan? Beliau mendendangkan slogan “unity” tetapi menanam kebencian terhadap parti nasional yang juga mempunyai pimpinan dari Sabah.

*FEKIRIE GOBET*
_Pengarah Komunikasi_
_Angkatan Muda Keadilan (AMK)_
_Negeri Sabah_

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading